Moratorium Lanjutan B40 Automatik. Hubungi Bank & Buat Pilihan

1,366

Isu moratorium juga hangat diperkatakan kerana pandemik Covid-19 telah menyebabkan sebilangan rakyat Malaysia terjejas pendapatan serta kehilangan pekerjaan. Oleh itu, pihak Bank Negara Malaysia bersetuju untuk melanjutkan tempoh moratorium secara automatik kepada golongan B40 yang terjejas pendapatan serta hilang pekerjaan. Namun, golongan B40 ini perlu menghubungi pihak bank dan seterusnya membuat pilihan bantuan kewangan yang sesuai.

Ia juga disasarkan kepada golongan B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin rakyat (BPR) dan peniaga kecil atau mikro dan mereka perlu membuat pilihan berikut:

  • Moratorium selama tiga bulan
  • Pengurangan bulanan sebanyak 50% untuk tempoh selama 6 bulan

SYARAT KELAYAKAN MORATORIUM LANJUTAN B40 AUTOMATIK

Syarat kelayakan untuk moratorium lanjutan B40 automatik ini adalah:

  • Bantuan ini akan disediakan untuk kemudahan yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020.
  • Pinjaman tidak tertunggak selama lebih daripada 90 hari pada masa peminjam memohon bantuan bayaran balik.

CARA PERMOHONAN MORATORIUM LANJUTAN B40 AUTOMATIK

Untuk membuat permohonan moratorium lanjutan B40 secara automatik ini, sila lakukan:

  • Hubungi pihak bank anda.
  • Nyatakan pilihan anda pada bila-bila masa mulai 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021 dan kelulusan diberikan secara automatik.

Bagi peminjam yang berurusan dengan Bank Islam, anda boleh rujuk disini cara untuk memohon moratorium lanjutan untuk golongan B40, M40 dan perusahaan mikro.

KATEGORI PINJAMAN UNTUK MORATORIUM LANJUTAN B40 AUTOMATIK

Pinjaman yang layak untuk permohonan moratorium lanjutan B40 automatik ialah:

  • Pinjaman perumahan
  • Pinjaman kereta  / kenderaan
  • Pinjaman peribadi (SME / Individu)

“Dalam kalangan negara yang memperkenalkan moratorium ini, Malaysia ialah satu-satunya negara terawal yang melaksanakan moratorium secara automatik dan hanya Malaysia yang membuat moratorium selama enam bulan.

“Saya yakin moratorium ini dapat membantu rakyat dan perniagaan dalam mengharungi tempoh mencabar disebabkan COVID-19 ini.”

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz

INFO LANJUT

Untuk info selanjutnya, anda boleh hubungi:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...