Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Urusan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) Di Semua Pejabat Pos Dihentikan Sementara Oleh JPJ

3,555

Bermula hari ini 23 Februari sehingga 31 Mac 2021, sebarang pembaharuan lesen kenderaan motor atau cukai jalan (roadtax) di semua pejabat pos seluruh negara dihentikan seketika oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Baca juga: Cara Renew Insurans Kereta Bila-Bila Masa Guna Aplikasi Pos Malaysia Sahaja

Namun anda semua diingatkan bahawa perkara ini adalah sementara sahaja kerana Kementerian Pengangkutan telah memberikan pengecualian pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan lesen memandu sepanjang tempoh PKP 2.0.

TARIKH PENGECUALIAN MEMPERBAHARUI LESEN MEMANDU & ROADTAX

  • 1 Februari hingga 31 Mac 2021

TEMPOH PERBAHARUI LESEN MEMANDU & ROADTAX

Anda juga diingatkan untuk memperbaharui lesen memandu dan roadtax kenderaan anda dalam tempoh:

  • 30 hari selepas tempoh pengecualian diberikan iaitu sehingga 30 April 2021.

PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU & INSURANS KENDERAAN

Sementara itu, anda masih boleh membaharui lesen memandu dan insurans kenderaan anda di pejabat pos seperti biasa.

Malah, anda juga dibenarkan memandu kenderaan selagi ianya mempunyai sijil insurans yang sah sepanjang tempoh sehingga 31 Mac nanti.

SYARAT RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS

Syarat yang ditetapkan sangat mudah. Antara syarat tersebut ialah:

  • Tidak disenaraihitamkan / Blacklist
  • Tempoh renew lesen adalah 1 hingga 5 tahun sahaja

DOKUMEN SOKONGAN UNTUK RENEW LESEN DI PEJABAT POS

Sebarang urusan renew lesen memandu di pejabat pos, anda hanya perlu membawa dokumen ini sahaja:

  • Kad pengenalan anda
  • Lesen memandu asal
  • Slip lesen bagi renew kali pertama

Rujuk: Cara Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos & Bawa Dokumen Ini Ya

Urusan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) Oleh Jpj Di Semua Pejabat Pos Dihentikan Sementara Oleh JPJ

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai  pemberhentian sementara pembaharuan cukai jalan kenderaan oleh JPPJ di semua pejabat pos, sila hubungi Pos Malaysia di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...