Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

PEMERKASA: Bantuan Tunai One-Off RM500 Kepada Golongan B40 & Penerima BPR

4,292

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui perutusan khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) telah mengumumkan pemberian RM500 secara tunai sekali bayar kepada 2 golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Golongan tersebut adalah individu dari golongan B40 dan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Apakah syarat kelayakan bagi kedua-dua golongan ini untuk menerima bantuan RM500 tunai secara one-off? Semak kelayakan menerima bantuan RM500 yang disediakan melalui artikel ini.

TARIKH BAYARAN BANTUAN RM500 ONE OFF

Tarikh bayaran untuk bantuan RM500 one-off PEMERKASA adalah pada:

  • Bulan Jun 2021

GOLONGAN SASARAN PENERIMA BANTUAN RM500 & BAYARAN TAMBAHAN RM500 BPR

Terdapat 2 golongan yang bakal menerima bantuan RM500 dan bayaran tambahan RM500 BPR iaitu:

  • Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 diberikan kepada golongan B40 yang telah hilang pendapatan.
  • Bayaran tambahan sebanyak RM500 diberikan kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM500 ONE OFF PEMERKASA

Antara syarat yang dinyatakan untuk menerima bantuan RM500 one-off PEMERKASA adalah:

  • Golongan B40 yang telah hilang pendapatan
  • Penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah
  • Berumur 21 hingga 60 tahun

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN BANTUAN RM500 ONE OFF PEMERKASA

Untuk pengetahuan anda juga, bantuan RM500 ini:

  • Tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan
  • Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO.
  • Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan antara individu yang berstatus bankrap dengan pihak bank, bagi membolehkan golongan berkenaan turut menikmati bantuan Kerajaan.
  • Kelonggaran akan diberi untuk membuka akaun bank secara dalam talian (online) melalui permohonan e-mel kepada cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.
Nota: Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan
PEMERKASA: Bantuan Tunai One-Off RM500 Kepada Golongan B40 & Penerima BPR

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai Bantuan RM500 kepada golongan B40 dan tambahan RM500 kepada penerima BPR, sila hubungi LHDN di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...