Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

PEMERKASA GKP 3.0: Bantuan RM1,000 Dibuka Mulai 1 April 2021

2,579

Melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, para usahawan Perusahaan Mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sekali lagi menarik nafas lega kerana bakal mendapat bantuan secara one-off sebanyak RM1,000 kepada mereka yang layak.

Malahan permohonan baharu untuk GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April 2021 untuk mereka yang belum pernah menerima bantuan GKP sebelum ini.

Baca juga: PEMERKASA: Bantuan Tunai One-Off RM500 Kepada Golongan B40 & Penerima BPR

TUJUAN GKP 3.0 PEMERKASA DILANJUTKAN

Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Geran Khas Prihatin atau GKP 3.0 supaya:

  • Perniagaan terutamanya perusahaan mikro dan PKS mendapat bantuan untuk beroperasi semula.

TARIKH PERMOHONAN BAHARU GKP 3.0 PEMERKASA

Tarikh untuk permohonan baharu GKP 3.0 adalah:

  • Bermula 1 April 2021

GOLONGAN SASARAN BANTUAN GKP 3.0 PEMERKASA

Permohonan bagi GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April bagi PKS yang:

  • Tidak menerima GKP sebelum ini.

Geran ini dijangka akan memanfaatkan lebih sejuta usahawan.

JUMLAH BAYARAN GKP 3.0 PEMERKASA

Jumlah bayaran bagi bantuan GKP 3.0 PEMERKASA yang akan diberikan kepada usahawan PKS adalah:

  • RM1,000/one-off

KAEDAH PEMBAYARAN GKP 3.0 PEMERKASA

Kaedah pembayaran adalah sama seperti GKP 1.0 dan 2.0 seperti berikut:

  • Dikreditkan ke akaun bank simpanan dan semasa peribadi penerima yang didaftarkan semasa permohonan GKP 1.0 dan 2.0.
  • Pastikan akaun bank anda aktif untuk memudahkan proses pembayaran bantuan GKP Tambahan.

PEMERKASA GKP 3.0: Bantuan RM1,000 Dibuka Mulai 1 April 2021

CARA MEMBUAT PERMOHONAN GKP 3.0 PEMERKASA

Cara membuat permohonan GKP 3.0 mungkin sama seperti permohonan GKP terdahulu iaitu:

  • Klik link: BANTUAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)
  • Klik LOG MASUK dan masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  • Isikan maklumat, muat naik dokumen yang diperlukan.
  • Semak permohonan dan hantar.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan GKP Tambahan PERMAI sila hubungi LHDNM di saluran berikut :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...