Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Perbezaan GKP Tambahan PERMAI & GKP 3.0 Yang Anda Semua Perlu Tahu. Semak Disini

1,783

Baru-baru ini orang ramai menyatakan bahawa mereka terkeliru dengan GKP Tambahan PERMAI dan GKP 3.0 PEMERKASA seterusnya ingin mengetahui perbezaan antara kedua-dua bantuan tersebut.

Untuk lebih jelas, Menteri Kewangan Malaysia iaitu Dato’ Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz melalui Facebook beliau, telah menerangkan dengan terperinci mengenai perbezaan antara GKP Tambahan PERMAI dan GKP 3.0 PEMERKASA.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, usahawan PKS yang belum menerima bantuan GKP dan belum pernah memohon boleh membuat permohonan GKP 3.0 PEMERKASA melalui laman rasmi GKP Hasil bermula 1 April 2021.

Rujuk: PEMERKASA GKP 3.0: Bantuan RM1,000 Dibuka Mulai 1 April 2021

PERBEZAAN GKP TAMBAHAN PERMAI & GKP 3.0 PEMERKASA

GKP TAMBAHAN PERMAI

Ciri-ciri yang ada pada GKP Tambahan PERMAI adalah seperti berikut:

  • Kelayakan adalah kepada semua PKS Mikro yang diluluskan di bawah GKP 1.0 dan 2.0.
  • Jumlah bayaran pula adalah seperti berikut:
    a) RM1,000 bagi negeri PKP
    b) RM500 bagi negeri selain PKP
  • Tarikh bayaran pula dikreditkan bermula: 25 Mac hingga 31 Mac 2021 iaitu secara berperingkat ke akaun masing-masing penerima.

Perbezaan GKP Tambahan PERMAI & GKP 3.0 Yang Anda Semua Perlu Tahu. Semak Disini

GKP 3.0 PEMERKASA

Ciri-ciri yang ada pada GKP 3.0 PEMERKASA pula adalah:

  • Kelayakan penerima GKP 3.0 PEMERKASA pula harus menepati kriteria PKS Mikro.
  • Pemohon perlu membuat permohonan baharu iaitu PKS Mikro yang tidak lulus/tidak pernah menerima GKP sebelum ini.
  • Perniagaan pula mestilah yang berdaftar dengan SSM, PBT dan LHDN setakat 28 Februari 2021.
  • Malahan, penerima GKP 1.0 dan 2.0 juga akan menerima bantuan ini secara automatik.
  • Jumlah bayaran adalah sebanyak RM1,000 kepada semua PKS Mikro yang layak.
  • Tarikh bayaran pula adalah bermula pada Jun 2021 dan dikreditkan ke akaun penerima yang layak secara berperingkat.

Perbezaan GKP Tambahan PERMAI & GKP 3.0 Yang Anda Semua Perlu Tahu. Semak Disini

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN GKP 3.0 PEMERKASA

Syarat kelayakan permohonan GKP 3.0 PEMERKASA adalah sama seperti sebelum ini dan anda boleh semak syarat kelayakan seperti berikut:

  • Bukan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini.
  • Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.
  • Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    a) Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000.
    b) Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik.
  • Berdaftar dengan agensi-agensi berikut:
    a) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28 Februari 2021.
    b) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 28 Februari 2021.
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

CARA MOHON GKP 3.0 PEMERKASA

Untuk memoohon GKP 3.0 PEMERKASA, sila ikuti langkah-langkah berikut:

Perbezaan GKP Tambahan PERMAI & GKP 3.0 Yang Anda Semua Perlu Tahu. Semak Disini

  • Isikan maklumat, muat naik dokumen yang diperlukan.
  • Semak permohonan dan hantar.

TARIKH PEMBAYARAN SEMULA PENERIMA GKP 1.0 & 2.0 YANG BERSTATUS GAGAL KREDIT

Perbezaan GKP Tambahan PERMAI & GKP 3.0 Yang Anda Semua Perlu Tahu. Semak Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan GKP Tambahan PERMAI dan GKP 3.0 PEMERKASA sila hubungi LHDNM di saluran berikut :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...