Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2021/2022. Permohonan Secara Online Bermula 15 Mac hingga 15 April 2021

1,608

Pelajar lepasan SPM Tahun 2020 sudah boleh membuat permohonan masuk ke Matrikulasi mulai 15 Mac 2021 hingga 15 April 2021 secara online sahaja.

Sebelum ini anda perlu membeli nombor pin atau UNIK ID namun terkini anda tidak perlu membuat pembayaran proses UPUOnline/UNIK ID kerana bayarannya ditanggung oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Rujuk: UPUOnline Free, KPT Tanggung Bayaran Proses & Ini Cara Mohon UPUOnline Tanpa UNIK ID.

Jadi, anda boleh meneruskan masuk ke program Matrikulasi secara online melalui pautan yang dikongsikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia serta dapatkan cara mohon secara online melalui perkongsian ini.

TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM MATRIKULASI SESI 2021/2022

  • Tarikh permohonan dibuka: 15 Mac 2021
  • Tarikh permohonan ditutup: 15 April 2021

SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM MATRIKULASI SESI 2021/2022

Antara syarat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Sesi 2021/2022 ialah:

SYARAT KELAYAKAN AM

  • Berumur tidak lebih daripada 20 tahun ketika permohonan
  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan calon SPM tahun semasa

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

A. Jurusan Sains (Sistem Dua Semester)

  • Bahasa Melayu : C
  • Bahasa Inggeris : C
  • Matematik : B
  • Matematik Tambahan : C
  • Kimia : C
  • Fizik / Biologi : C
  • Sejarah : Lulus

B. Jurusan Sains (Sistem Empat Semester)

  • Bahasa Melayu : C
  • Bahasa Inggeris : C
  • Matematik : C
  • Matematik Tambahan : Lulus
  • Kimia : Lulus
  • Sejarah : Lulus
  • Fizik / Biologi / Sains Komputer : Lulus

C. Jurusan Kejuruteraan

  • Bahasa Melayu : C
  • Bahasa Inggeris : C
  • Matematik : B
  • Matematik Tambahan : C
  • Fizik : C
  • Kimia : Lulus
  • Sejarah : Lulus
  • Mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:
    Biologi/ Sains / Sains Tambahan/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik : C

D. Jurusan Perakaunan

  • Bahasa Melayu : C
  • Bahasa Inggeris : C
  • Matematik : C
  • Matematik Tambahan : C
  • Sejarah : Lulus
  • Mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut:
    Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik : C

E. Jurusan Perakaunan Professional

  • Bahasa Melayu : C
  • Bahasa Inggeris : A
  • Matematik : A
  • Matematik Tambahan : A
  • Sejarah : Lulus
  • Mana-mana TIGA (3) mata pelajaran berikut:
    Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik : A
  • Serta lulus Ujian Aptitud dan temuduga

Nota:

  • Anda juga boleh dapatkan syarat permohonan dengan membuat imbasan QR Code yang terdapat pada iklan permohonan dibawah.

CARA MOHON KEMASUKAN KE PROGRAM MATRIKULASI SESI 2021/2022

Untuk membuat permohonan, sila klik

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2021/2022. Permohonan Secara Online Bermula 15 Mac hingga 15 April 2021

  • Anda diminta untuk membaca dan memahami panduan permohonan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan anda.
  • Seterusnya klik HANTAR dan CETAK permohonan anda sebagai bukti permohonan telah dihantar.

KEISTIMEWAAN PROGRAM MATRIKULASI KPM

Dapatkan keistimewaan program Matrikulasi KPM seperti yang dinyatakan dibawah:

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2021/2022. Permohonan Secara Online Bermula 15 Mac hingga 15 April 2021

KENYATAAN MEDIA

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2021/2022. Permohonan Secara Online Bermula 15 Mac hingga 15 April 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2021/2022 di Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...