Pertimbangan Memudahkan Permohonan Pengeluaran i-Sinar Kategori 2

404

Menyedari ramai pencarum KWSP yang sangat memerlukan wang untuk kelangsungan hidup akibat pandemik Covid-19 tetapi tidak layak untuk memohon pengeluaran i-Sinar melalui kategori 1, pihak KWSP akan mempertimbangkan setiap permohonan kemudahan pengeluaran i-Sinar di bawah ketegori yang kedua.

Seperti sedia maklum, perincian permohonan untuk pengeluaran iSinar dibahagikan kepada 2 kategori dan kategori 1 diluluskan secara automatik berbanding kategori 2.

Permohonan pengeluaran iSinar boleh dilakukan bermula 21 Disember 2020 ini secara online melalui i-Akaun dan portal iSinar dan klik sini untuk info selanjutnya.

PERTIMBANGAN PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR

Antara pertimbangan permohonan pengeluaran i-Sinar yang dinyatakan oleh Ketua Pegawainya Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias ialah:

  • Pencarum yang terjejas dari segi kewangan tidak kira pendapatan kecil atau besar tetapi tidak layak membuat permohonan untuk i-Sinar di bawah kategori pertama, boleh memohon untuk kemudahan itu bawah kategori kedua.
  • KWSP menyarankan kepada ahli untuk menyiapkan dokumen yang boleh menunjukkan impak atau kesan terjejas pendapatan dan hantar kepada KWSP pada 11 Januari 2021.
  • KWSP akan membuat pertimbangan setiap permohonan bagi memastikan pintu pertolongan tidak tertutup kepada sesiapa.

DOKUMEN BUKTI JEJAS PENDAPATAN

Antara dokumen yang perlu disediakan ialah:

  • Notis berhenti kerja
  • Notis cuti tanpa gaji
  • Notis potongan gaji
  • Notis potongan elaun
  • Notis potongan elaun kerja lebih masa
  • Penyata akaun perniagaan atau laporan pendapatan bulanan

Dapatkan info penuh berkaitan dokumen sokongan permohonan pengeluaran i-Sinar disini dan jadikan sebagai rujukan.

2 KATEGORI PERMOHONAN i-SINAR

Cara Mohon Pengeluaran i-Sinar KWSP Secara Online

Cara Mohon Pengeluaran i-Sinar KWSP Secara Online

Tetapi, jangan lupa untuk daftar dan kemaskini maklumat anda melalui i-Akaun dan dapatkan TAC di kiosk KWSP sahaja. Mudah dan cepat serta dapatkan cara daftar di pautan berikut:

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...