Pinjaman Perumahan Terbaik 2018: Perbandingan 6 Bank Malaysia

0

Berhajat untuk memiliki rumah pada tahun 2018? Berikut antara housing loan atau pinjaman perumahan terbaik 2018. Perbandingan ini antara 6 buah bank utama BSN, Maybank, CIMB, Bank Islam, RHB dan Hong Leong Bank.

Juga kami kongsikan kadar nisbah keberhutangan (DSR), kadar bunga (Interest Rate) dan kelebihan setiap bank.

Pinjaman Perumahan Terbaik Malaysia 2018

1. BSN

Sebelum itu, BSN juga menyediakan beberapa skim bagi memudahkan anda memiliki rumah. Antara yang popular skim BSN MyHome.

DSR BSN

  • Gaji bersih bawah RM3,000 DSR maksimum 60%
  • Gaji bersih atas RM3,000 DSR maksimum 75%

Interest Rate BSN berdasarkan nilai hartanah

  • Bawah RM100,000 – 6.95%
  • RM100,000 – RM300,000 – 4.65%
  • Atas RM300,000 – 4.55%

Kelebihan pinjaman rumah BSN

  • Menyediakan pembiayaan skim rumah pertamaku
  • Sesuai untuk semua jenis hartanah
  • Perjanjian jual beli, duti setem, insurans, yuran guaman, dan bayaran penilaian semuanya dimasukkan sekali dalam Pinjaman Perumahan jadi menjimatkan kos (zero moving cost)
  • Pinjaman perumahan untuk kakitangan kerajaan yang ingin membeli PPA1M

2. Maybank

DSR Maybank

  • Gaji bersih bawah RM3,500 DSR maksimum 40%
  • Gaji bersih atas RM3,500 DSR maksimum 70%

Interest Rate Maybank berdasarkan nilai hartanah

  • Bawah RM150,000 – 4.95%
  • RM150,000 – RM350,000 – 4.65%
  • RM350,000 – RM500,00 – 4.55%
  • Atas RM500,000 – 4.50%

Kelebihan pinjaman rumah Maybank

  • Kiraan DSR yang tinggi
  • Pembiayaan Islamik mengikut syariah
  • Kadar bunga (interest) yang rendah
  • Sesuai untuk semua jenis hartanah
  • Insurans perumahan (MRTT), yuran guaman, bayaran penilaian semuanya dimasukkan sekali dalam pinjaman perumahan jadi menjimatkan kos.

3. CIMB

DSR CIMB

  • Gaji bersih bawah RM3,000 DSR maksimum 65%
  • Gaji bersih RM3,000 – RM7,999 DSR maksimum 75%
  • Atas RM8,000 DSR Maksimum 85%

Interest Rate Maybank berdasarkan nilai hartanah

  • Bawah RM200,000 – 5.25%
  • RM200,000 – RM350,000 – 4.95%
  • RM350,000 – RM500,00 – 4.75%
  • Atas RM500,000 – 4.50%

Kelebihan pinjaman rumah Maybank

  • Kiraan DSR yang tinggi
  • Cukai pendapatan tidak wajib dibayar
  • Pembiayaan Islamik mengikut syariah
  • Kadar bunga (interest) yang rendah
  • Sesuai untuk semua jenis hartanah
  • Insurans perumahan (MRTT), yuran guaman, bayaran penilaian semuanya dimasukkan sekali dalam pinjaman perumahan jadi menjimatkan kos
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai perniagaan sendiri, berniaga atas talian, dan mereka yang bergantung kepada komisen sepenuhnya.

4. RHB

DSR RHB

  • Gaji bersih bawah RM2,204 DSR maksimum 55%
  • Gaji bersih RM2,205 – RM2,630 DSR maksimum 60%
  • Gaji bersih RM2,631 – RM4,975 DSR maksimum 75%
  • Gaji bersih RM4,976 – RM7,615 DSR maksimum 80%
  • Atas RM7,615 DSR Maksimum 85%

Interest Rate RHB berdasarkan nilai hartanah

  • RM100,000 – RM200,000 – 5.80-6.00%
  • RM200,000 – RM250,000 – 5.20%
  • RM250,000 – RM400,00 – 4.50%
  • RM400,000 – RM600,000 – 4.45%
  • RM600,000 – RM1 juta – 4.40%
  • Atas RM1 juta – 4.35%

Kelebihan pinjaman rumah RHB

  • Kiraan DSR yang tinggi
  • Pembiayaan Islamik mengikut syariah
  • Kadar bunga (interest) yang rendah
  • Sesuai untuk hartanah di bawah nilai RM500,000 seperti PR1MA
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai komitmen tinggi
  • Sesuai untuk pemilik bisnes atau yang bekerja sendiri

5. Hong Leong Bank

DSR Hong Leong Bank

  • Gaji bersih bawah RM3,000 – 60%
  • Atas RM3,000 – 85%

Skim rumah pertamaku Hong Leong Bank, syarat-syaratnya:

  • Pendapatan / gaji tidak melebihi RM5,000
  • Pinjaman perumahan maksimum RM500,000
  • Kadar bunga (interest) untuk skim ini 4.95%

Kelebihan pinjaman rumah Hong Leong Bank

  • Kiraan DSR yang tinggi
  • Mereka yang bergantung kepada komisen akan dikira 100% daripada jumlah komisen bulanan sebagai pendapatan
  • Ejen hartanah perlu mengemukakan cukai pendapatan untuk 2 tahun dan penyata bank selama 1 tahun untuk menyatakan anda betul-betul stabil
  • Boleh joint loan dengan kawan-kawan (maksimum 5 orang)
  • Umur bawah 25 perlu guarantor untuk membuat pinjaman
  • Umur 30 tahun walaupun tidak ada rekod CCRIS di bank masih boleh buat pinjaman

6. Bank Islam

DSR Bank Islam

  • Gaji bersih bawah RM3,000 – 50%
  • RM3,000 – RM5,000 – 60%
  • RM5,000 – RM7,000 – 70%
  • Atas RM7,000 – 75%

Kadar bunga Bank Islam berdasarkan skoring pelanggan

  • 1-3 = 4.45%
  • 4-6 = 4.5-4.55%
  • 7-10 = perjumpaan peribadi

Kelebihan pinjaman rumah Hong Leong Bank

  • Kiraan DSR yang tinggi
  • Pembiayaan Islamik mengikut syariah
  • Kadar bunga (interest) yang rendah
  • Sesuai untuk hartanah di bawah nilai RM500,000
  • Insurans perumahan (MRTT), yuran guaman, bayaran penilaian semuanya dimasukkan sekali dalam pinjaman perumahan jadi menjimatkan kos

Perkongsian pinjaman perumahan terbaik Malaysia ini dikongsikan oleh Nor Eidzwan di Facebook beliau.

Untuk makluman juga, KWSP ada menyediakan pengeluaran bagi pembelian / pembinaan rumah. Rujuk 17 jenis pengeluaran KWSP.

Untuk kalkulator loan rumah, sila layari https://www.imoney.my/

 

Comments
Loading...