Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jom Semak Sijil Halal Melalui Portal Halal Atau Aplikasi SmartHalal. Tak Perlu Ragu-Ragu Lagi

1,116

Jika sebelum ini kita digemparkan dengan aplikasi solat yang tidak tepat, namun Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dengan pantasnya memberikan satu solusi yang terbaik dengan mewar-warkan aplikasi yang sesuai untuk di muat turun oleh umat Islam jadikan panduan waktu solat.

Rujuk: Aplikasi Smart Quran & mySolat 100% Buatan Malaysia Ternyata Lebih Selamat Untuk Kegunaan Umat Islam

Selain dari itu. JAKIM juga prihatin dengan sensitivti umat Islam di Malaysia mengenai makanan halal dan sehubungan itu, JAKIM telah melancarkan kod QR SmartHalal pada 29 Januari lalu secara online. Ia telah dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

2 CARA SEMAK STATUS HALAL

Terdapat 2 cara untuk membuat semakan status halal iaitu:

  • Portal Rasmi Halal Malaysia : http://www.halal.gov.my/v4/
  • Buat carian halal pada butang SEARCH dan klik butang tersebut.
  • Maklumat akan dipaparkan.

Jom Semak Sijil Halal Melalui Portal Halal Atau Aplikasi SmartHalal. Tak Perlu Ragu-Ragu Lagi

  • Aplikasi SmartHalal: ANDROID / iOS
  • Imbas QR Code dan status halal akan dipaparkan.

Jom Semak Sijil Halal Melalui Portal Halal Atau Aplikasi SmartHalal. Tak Perlu Ragu-Ragu Lagi

318 PENGIMPORT DAGING BERLESEN & HALAL

“Saya amat prihatin akan kebimbangan umat Islam dalam hal ini. KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) selaku agensi berautoriti telah melaksanakan prosedur yang tepat bagi pengurusan kes kartel daging import ini.Adalah sebaiknya proses penguatkuasaan dilaksanakan oleh mereka yang diberi kuasa mengikut lunas perundangan. Insya-Allah selepas selesai perbicaraan dan tindakan undang-undang di mahkamah, semuanya akan selesai.”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Anda juga boleh mendapatkan senarai penuh 318 pengimport daging berlesen yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di Portal Halal Malaysia dan melalui aplikasi SmartHalal.

SENARAI PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA(SPHM)

Antara pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) ialah:

  • GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd
  • Sushi King Sdn Bhd
  • Kyros Kebab Sdn Bhd
  • Melawati Kebab Sdn Bhd
  • Nusantara Meat Berhad
  • Ramly Food Processing Sdn Bhd
  • Al-Hilal Food Processing Sdn Bhd
  • Macfood Services (M) Sdn Bhd
  • Selamat Supplies Sdn Bhd

PROSES ALIRAN DAGING IMPORT KE MALAYSIA

Berikut adalah proses aliran daing import ke Malaysia yang dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk rujukan anda.

Jom Semak Sijil Halal Melalui Portal Halal Atau Aplikasi SmartHalal. Tak Perlu Ragu-Ragu Lagi

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...