Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Buat Semakan Kelayakan Bantuan Kerajaan Melalui Portal Manfaat

3,299

Terdapat pelbagai jenis bentuk bantuan yang diberikan oleh Kerajaan sepanjang tempoh PKP bermula dari tahun 2020 sehingga kini. Tetapi bagaimakah caranya untuk membuat semakan sama ada layak atau tidak untuk membuat permohonan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan?

Baca ini: Bantuan RM500 Untuk Pemandu e-Hailing, Pemandu Teksi, Bas & Pemandu Pelancong

Kementerian Kewangan telah menyediakan satu portal iaitu Portal Manfaat untuk anda membuat semakan kelayakan bantuan dengan hanya mengisi maklumat secara online sahaja.

Jika anda rasa tidak mahu terlepas pandang kelayakan untuk memohon bantuan kerajaan ini, cepat buat semakan melalui Portal Manfaat seperti yang akan dikongsikan ini.

CARA MEMBUAT SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN KERAJAAN

Untuk membuat semakan kelayakan bantuan kerajaan melalui Portal Manfaat anda perlu:

Buat Semakan Kelayakan Bantuan Kerajaan Melalui Portal Manfaat

  • Klik MULA.
  • Anda boleh pilih sama ada INDIVIDU DAN ISI RUMAH, PERNIAGAAN DAN MAJIKAN atau KOMUNITI.

Buat Semakan Kelayakan Bantuan Kerajaan Melalui Portal Manfaat

  • Jika anda memilih INDIVIDU DAN ISI RUMAH, anda perlu mengisi beberapa maklumat yang diperlukan.

Buat Semakan Kelayakan Bantuan Kerajaan Melalui Portal Manfaat

  • Setelah siap, klik TERUSKAN.
  • Pilih aspek yang anda ingin tahu kelayakan yang sesuai dengan anda. (Boleh pilih lebih dari 1 aspek). Klik TERUSKAN.

Buat Semakan Kelayakan Bantuan Kerajaan Melalui Portal Manfaat

  • Bantuan Kerajaan yang layak dan sesuai dengan anda akan dipaparkan.

Buat Semakan Kelayakan Bantuan Kerajaan Melalui Portal Manfaat

  • Klik satu persatu dan lihat bantuan yang layak untuk anda.

Untuk PERNIAGAAN DAN MAJIKAN serta KOMUNITI, lakukan langkah demi langkah sama seperti di atas.

PERNIAGAAN DAN MAJIKAN

Buat Semakan Kelayakan Bantuan Kerajaan Melalui Portal Manfaat

KOMUNITI

Selain dariapda itu, terdapat pelbagai inisiatif yang disediakan melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) seperti:

1. iSinar: Bayaran Interim RM1,000 Pemohon Kategori 2 Bermula 26 Januari

  • Pemohon iSinar Kategori 2 akan menerima bayaran RM1,000 pendahuluan bagi sepanjang tempoh permohonan diproses

2. PERMAI: Program Bakul Makanan JKM RM100 Untuk Setiap Isi Rumah

  • Program Bakul Makanan oleh JKM merangkumii barang makanan keperluan yang bernilai RM100 bagi setiap isi rumah yang layak.

3. Internet 1GB Percuma Lanjut Sehingga April 2021 Turut Dinikmati Pelajar IPT

  • Bagi memudahkan pembelajaran pelajar calon SPM, STPM dan Pelajar IPT, syarikat komunikasi memberikan pakej internet berbaloi sebanyak RM20 sebulan kepada pelajar dan data internet 1GB kepada orang ramai.

Jadi, jom manfaatkan segala bantuan yang diberikan oleh Kerajaan sepanjang tempoh PKP dan terima kasih buat Kerajaan yang prihatin.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...