Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Program Graduan Cemerlang (GrEP 2021) MARA. Semak Cara Mohon Sekarang

2,237

MARA menawarkan peluang pengajian ke peringkat pasca siswazah di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka di dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang bagi memperkasakan modal insan keperluan negara.

Program yang ditawarkan ialah Program Graduan Cemerlang (GrEP 2021) boleh dimohon secara online sahaja melalui pautan yang dikongsikan melalui perkongsian ini.

Baca juga: Permohonan Masuk Matrikulasi Lepasan SPM Sesi 2020,PISMP & PPC Dibuka. Semak Cara Mohon Disini

TARIKH PERMOHONAN PROGRAM GRADUAN CEMERLANG (GrEP 2021)

Permohonan secara atas talian telah dibuka pada:

  • 1 Mac 2021 hingga 19 Mac 2021

TEMPOH PINJAMAN

Tempoh pinjaman (maksimum) bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:

  • Sarjana : 2 tahun
  • Doktor Falsafah : 4 tahun

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Terdapat syarat kelayakan permohonan iaitu:

SYARAT UMUM

  • Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan
    Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Had umur pemohon pada 31 Disember 2021:

Program Graduan Cemerlang (GrEP 2021) MARA. Semak Cara Mohon Sekarang

  • Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang seperti yang dinyatakan dalam para 2.2.1.
  • Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
  • Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  • Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  • Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.
  • Warga kerja MARA dan subsidiari MARA tidak layak memohon pinjaman ini.

SYARAT AKADEMIK

Antara syarat akademik yang perlu dipenuhi ialah:

Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang seperti yang dinyatakan dalam para 2.2.1. 2.1.4 Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah. 2.1.5 Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA. 2.1.6 Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama. 2.1.7 Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan. 2.1.8 Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin. 2.1.9 Warga kerja MARA dan subsidiari MARA tidak layak memohon pinjaman ini.

  • Bagi pengajian peringkat Sarjana Senibina (Part II) pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Part I dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang- kurangnya enam (6) bulan.
  • Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

SYARAT PROGRAM

Pemohon Program Graduan Cemerlang (GrEP 2021) perlu membuat semakan syarat program seperti berikut:

  • Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Mei 2021.
  • Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.
  • Mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian dalam negara seperti di LAMPIRAN A.
  • Mendapat tawaran bersyarat (Conditional Offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian terkemuka luar negara seperti di LAMPIRAN B.
  • Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.
  • Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • Permohonan terbuka untuk pengajian secara SEPENUH MASA sahaja
    mengikut kursus dalam bidang terpilih seperti di Lampiran C.

SENARAI INSTITUT PENGAJIAN

Antara institut pengajian yang terlibat ialah:

Program Graduan Cemerlang (GrEP 2021) MARA. Semak Cara Mohon Sekarang

KURSUS BAGI PROGRAM GRADUAN CEMERLANG TAHUN 2021

Bidang pengajian yang ditawarkan ialah:

Program Graduan Cemerlang (GrEP 2021) MARA. Semak Cara Mohon Sekarang

CARA MOHON

Permohonan perlu dibuat secara online di laman web rasmi MARA iaitu:

Nota: Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat seterusnya mengenai Program Graduan Cemerlang (GrEP 2021) disaluran berikut:

  • Bahagian Penganjuran Pelajaran
    Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
    21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur
  • Telefon: 03-2613 2103 / 2054 (GrEP@ Luar Negara)
    Telefon: 03-2613 2584 / 2106 / 2083(GrEP@ Dalam Negara)
  • Emel: [email protected] (bagi permohonan dalam negara)
    Emel: [email protected] (bagi permohonan luar negara)
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...