Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Program Jana Niaga MARA Shopee 2021, Kredit Iklan RM800. Semak Syarat Permohonan Disini

1,241

Bidang perniagaan terdapat dalam pelbagai cabang dan yang paling terkenal dan sering menjadi keutamaan pada masa kini adalah secara digital atau online.

Siapa yang tidak kenal dan tidak tahu dengan platform e-dagang yang paling terkenal iaitu Shopee yang terkenal dengan kedai online paling terkenal seluruh dunia.

Dengan itu, MARA dengan berbesar hati mempelawa usahawan Bumiputera yang berminat untuk menyertai Program Jana Niaga MARA Shopee dengan pelbaai manfaatnya untuk anda.

INFO RINGKAS PROGRAM JANA NIAGA MARA SHOPEE

Program Jana Niaga MARA Shopee merupakan salah satu usaha yang diperkenalkan untuk usahawan Bumiputera dengan kerjasama Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd yang menyediakan peluang buat usahawan menjual produk masing-masing di laman e-dagang Shopee.

TARIKH PERMOHONAN PROGRAM JANA NIAGA MARA SHOPEE

Permohonan dibuka pada:

  • 22 Februari 2021 hingga 5 Mac 2021

KELEBIHAN PROGRAM JANA NIAGA MARA SHOPEE

Kelebihan yang anda perolehi ialah:

  • Webinar Latihan Keusahawanan
  • Baucer Kedai: RM400.00
  • Kredit Iklan: RM400.00

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM JANA NIAGA MARA SHOPEE

Syarat permohonan untuk Program Jana Niaga MARA Shopee ialah:

  • Usahawan Bumiputera
  • Syarikat telah berdaftar di SSM/PBT (Sabah & Sarawak)
  • Mempunyai e-kedai di Shopee dan telah beroperasi melebihi 6 bulan
  • Mempunyai 5 SKU produk dan ke atas di e-kedai Shopee.
  • Usahawan bersetuju syarat-syarat yang ditetapkan oleh MARA dan Shopee dari semasa ke semasa.

Baca juga: 10 Senarai Pinjaman Perniagaan Usahawan PKS & Bumiputera 2021

CARA MOHON PROGRAM JANA NIAGA MARA SHOPEE

Anda boleh mohon Program Jana Niaga MARA Shopee dengan 2 kaedah berikut:

  • Scan QR Code di poster iklan

Cara Mohon Program Jana Niaga MARA Shopee 2021, Kredit Iklan RM800. Semak Syarat Permohonan Disini

Cara Mohon Program Jana Niaga MARA Shopee 2021, Kredit Iklan RM800. Semak Syarat Permohonan Disini

Permohonan usahawan akan diproses oleh Pejabat MARA Negeri (PMN) dan usahawan akan dihubungi oleh PMN.

Nota: Hanya usahawan yang berjaya akan dihubungi oleh Pejabat MARA Negeri (PMN) terdekat. Usahawan yang tidak dihubungi oleh MARA dalam tempoh 3 bulan, permohonan di anggap TIDAK BERJAYA.

Baca juga: RM50,000 Pembiayaan Perniagaan Dibawah Inisiatif Peka 2.1. Mohon Sekarang

YURAN KOMITMEN PENYERTAAN

Yuran komitmen penyertaan ialah sebanyak:

  • RM100

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Infrastruktur Komersial MARA:

  • Mohamad Fahriz: 03-26134324 / 013-8835533
  • Mohd Yazid: 03-26134328 / 018-2119793
  • Hazila: 03-26134818 / 019-9174495

Atau,

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...