10 Senarai Pinjaman Perniagaan Usahawan PKS & Bumiputera 2021

1,085

Sepanjang pandemik Covid-19 terdapat banyak perniagaan baru didaftarkan dan bagi menggalakkan para usahawan mikro boleh mengembangkan perniagaan masing-masing, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis pinjaman perniagaan untuk usahawan PKS dan Bumiputera 2021 seperti yang dibentangkan di dalan Belanjawan 2021 yang lalu.

Ini adalah kerana ramai mereka yang mempunyai pekerjaan sebelum ini telah dibuang kerja dan mengambil inisiatif dengan menceburi bidang perniagaan untuk kelangsungan hidup masing-masing.

Malahan, pihak kerajaan juga telah memberikan insentif kepada para usahawan PKS dan Bumiputera ini melalui Geran Khas Prihatin 2.0 dan anda boleh membuat rayuan sehingga 21 Disember dan klik disini untuk dapatkan cara permohonan rayuan GKP 2.0.

10 SENARAI PINJAMAN PERNIAGAAN UNTUK USAHAWAN PKS & BUMIPUTERA 2021

1. PINJAMAN PERNIAGAAN PUNB

PUNB atau Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyediakan pelbagai pinjaman perniagaan untuk usahawan Bumiputera dan program pembangunan korporat serta latihan pembangunan usahawan seperi JUMPER PUNB 2020 untuk graduan.

Jumlah pembiayaan:

  • Bermula RM100,000 hingga RM10 juta bagi tempoh bayaran balik 10 tahun

Klik PUNB untuk dapatkan senarai pinjaman perniagaan yang disediakan kepada anda.

10 Senarai Pinjaman Perniagaan Usahawan PKS & Bumiputera 2021

2. PEMBIAYAAN / PINJAMAN PERNIAGAAN SME CORP

SME CORP menyediakan pelbagai program melalui SME Bank untuk membantu PKS mengembangkan perniagaan diperingkat tempatan dan antarabangsa.

SME Corp juga menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk geran bersamaan dan skim pinjaman mudah bagi membantu PKS mengembangkan perniagaan yang baru dibangunkan.

Antara program yang disediakan ialah:

  • Akses kepada Pembiayaan
  • Pembangunan Modal Insan
  • Akses Pasaran
  • Penerapan Inovasi dan Teknologi
  • Infrastruktur

Dapatkan cara membuat permohonan serta syarat disini.

3. BSN MICRO / i KREDIT PRIHATIN

Untuk pengetahuan anda, pinjaman ini ditawarkan kepada PKS untuk mengurangkan beban kalangan:

  • Usahawan
  • Peniaga
  • Penjaja

Ini adalah kerana sepanjang Covid-19, pendapatan golongan ini terjejas teruk sehingga tidak dapat meneruskan perniagaan masing-masing.

Dapatkan maklumat seterusnya melalui pautan berikut:

4. PEMBIAYAAN MIKRO BANGKIT BANK ISLAM

Pembiayaan ini bukan sahaja menyediakan pembiayaan mikro kepada mereka yang kurang berkemampuan dan tidaklayak memohon kemudahan pembiayaan perbankan baisa, malahan ianya lengkap dengan latihan perniagaan praktikal serta mentor untuk mengembangkan perniagaan pemohon.

Jumlah pinjaman yang disediakan ialah:

  • RM500 hingga RM3,000 (Perniagaan baru)
  • RM3,000 hingga RM20,000 (Pengembangan perniagaan)

Klik pautan dibawah untuk dapatkan maklumat lengkap mengenai Pembiayaan Mikro BangKIT Bank Islam.

5. SKIM PEMBIAYAAN MIKRO-I MUSK BANK RAKYAT

Skim ini menyediakan dana dan pembiayaan bagi membantu penjaja dan peniaga kecil untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

Selain daripada itu, Bank Rakyat juga menyediakan pembiayaan perniagaan yang dikhaskan untuk kaum wanita untuk menceburi bidang perniagaan iaitu Pembiayaan Qaseh Biz-i.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Pembiayaan Mikro-i Musk dipautan berikut:

  • PDS Pembiayaan Mikro-i (MUsK) Tanpa Panel

  • PDS Pembiayaan Mikro-i MUsK-MEF

6. PINJAMAN PERNIAGAAN HIJRAH SELANGOR

Kerajaan negeri Selangor juga menyediakan inisiatif pinjaman mikrokredit Hijrah Selangor dan menawarkan pinjaman dengan mudah, cepat dan tidak membebankan rakyat yang memerlukan.

Melalui Hijrah Selangor juga pemohon akan disediakan dengan pakej pembiayaan Zero To Hero yang melaksanakan sistem monitoring buat usahawan.

Klik disini untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Pinjaman Perniagaan Hijrah Selangor.

7. AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM)

Terdapat pelbagai skim pembiayaan dibawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) iaitu:

  • Skim i-Mesra
  • Skim i-Srikandi
  • Skim i-Wibawa
  • Skim i-Sejahtera
  • Skim i-Bestari
  • Skim i-Penyayang

Syarat yang dikenakan sangat mudah iaitu:

  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,855 atau perkapita RM838
  • Pemilikan aset yang tidak melebihi jumlah RM50,000

Maklumat berkaitan skim pembiayaan AIM rujuk pautan berikut:

8. PINJAMAN PERNIAGAAN MARA

Sama seperti AIM, MARA juga menyediakanpelbagai bentuk pinjaman seperti:

  • Skim Pembiayaan Belia (PUTRA)
  • Skim Pembiayaan Lepasan Institusi Pendidikan MARA (SEMAi)
  • Skim Pembiayaan Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • Skim Pembiayaan Teknikal (PUTEK)
  • Skim Pembiayaan (DananITA) yang ditawarkan khusus buat usahawan wanita Bumiputera
  • Program Mobilepreneur Food Truck
  • Program Rantaian Industri (PRiN)
  • MARA Intergrated Smart Auto (MiSA)
  • Skim Kemudahan Mudah Jaya (SPiM)
  • SPiM Tekno
  • Program Galakan Eksport (GEB)
  • Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)

Rujuk disini untuk maklumat lanjut mengenai setiap skim pinjaman yang ditawarkan oleh MARA.

9. PINJAMAN PERNIAGAAN TERAJU

Melalui pinjaman perniagaan TERAJU, terdadapat dua bentuk skim yang ditawarkan iaitu:

1. SKIM PERMULAAN USAHAWAN BUMIPUTERA (SUPERB)

Skim ini menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan dalam bentuk inovatif dan kreatif.

Pembiayaan ini adalah bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat memulakan perniagaan (start-up) dengan dana sebanyak RM100 juta.

2. DANA TERAS

Dana Teras ini disediakan untuk memudahkan pengembangan perniagaan syarikat di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS) namun dana ini hanya disediakan untuk syarikat yang berada di bawah program ini sahaja.

JIka berminat, semak syarat kelayakan serta maklumat seterusnya di sini sahaja.

10. PINJAMAN / PEMBIAYAAN PERNIAGAAN TEKUN NASIONAL

TEKUN Nasional juga menyediakan pelbagai jenis bentuk pinjaman serta pembiayaan perniagaan seperti:

  • Skim Pembiayaan TEKUN Niaga
  • Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN
  • Skim Pembiayaan Program TemanNita
  • Skim Pembiayaan Kontrak-i
  • AR-RAHNU TEKUN
  • Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India
  • Tekun Mobilepreneur

Dapatkan maklumat lanjut mengenai pinjaman dan pembiayaan perniagaan TEKUN Nasional di:

10 Senarai Pinjaman Perniagaan Usahawan PKS & Bumiputera 2021

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...