Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pendaftaran SL1M 2018 Dibuka Untuk Graduan Dengan Elaun RM2000 Sebulan

2,748

SL1M 2018 adalah program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan.

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M Fasa 1) disertai oleh 49 syarikat GLC dan swasta. Kos elaun disediakan minimum RM1,500 sebulan selama tempoh latihan (maksimum 12 bulan).

Baca juga: Elaun Baru SL1M

Seramai 8,262 graduan telah diberi peluang menyertai program tersebut dan jumlah ini diagihkan kepada setiap syarikat yang terlibat untuk tujuan membantu peserta program mendapatkan pekerjaan setelah 6 bulan bergraduasi.

sl1m 2018

Mengikut statistik seramai 3,879 peserta telah berjaya memperolehi pekerjaan dalam tempoh program dan daripada jumlah tersebut:

  • seramai 43% peserta telah berjaya diserap ke syarikat-syarikat yang terlibat dalam program; dan
  • seramai 57% peserta telah menerima tawaran pekerjaan dan menempatkan diri di syarikat-syarikat luar.

Bilangan peserta yang tidak berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh program adalah seramai 0.7% peserta.

Pelbagai usaha dan inisiatif telah dirangka untuk membantu sebilangan kecil ini bagi memperolehi pekerjaan seperti mengadakan kerjasama dengan Jobs Malaysia bagi menyuaipadankan peserta ke syarikat-syarikat yang mempunyai kekosongan jawatan dan termasuk kesyarikat-syarikat lain yang menyertai program SL1M.

Beberapa faktor yang menjadi penyumbang kepada status peserta yang tidak memperolehi pekerjaan iaitu:

  1. Kegagalan peserta menguasai kemahiran bahasa Inggeris dan tidak dapat berkomunikasi dengan baik;
  2. Kurang keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan dan malu untuk meminta tunjuk ajar dari rakan sekerja;
  3. Kelulusan yang diperolehi peserta tidak memenuhi kriteria jawatan yang diperlukan;
  4. Tiada professionalisme, kurang berbudi bahasa dan tidak menunjukkan daya saing untuk terus menjadi yang terbaik.

Syarikat Yang Menawarkan SL1M 2018

Berikut antara syarikat-syarikat besar yang menawarkan program SL1M 2018, antaranya:

  • Khazanah
  • KWSP
  • Tabung Haji
  • PNB
  • CIMB
  • Maybank
  • MAS
  • MBSB

Untuk senarai lengkap, sila layari https://sl1m.my/

Syarat Penyertaan SL1M

Berikut dikongsikan syarat-syarat penyertaan peserta ke program SL1M

  • Warganegara Malaysia
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda
  • Lepasan IPT dalam atau luar negara
  • Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima
  • Graduan perlu menghadiri temuduga SL1M. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan maklumat peserta dikeluarkan daripada senarai peserta aktif

Apakah Faedah Menyertai SL1M?

Antara faedah kepada graduan yang menyertai SL1M 2018 adalah:

  • Mendapat latihan kemahiran insaniah (soft-skill training) dan latihan di tempat kerja (on-the-job training) beserta elaun bulanan min RM1,000/bulan yang disediakan syarikat
  • Mendapat pendedahan dan pengalaman kerja di syarikat-syarikat terkemuka yang terdiri daripada pelbagai sektor
  • Meningkatkan nilai kebolehgajian graduan di dalam pasaran pekerjaan sebagai calon paling berpotensi untuk diambil bekerja
  • Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehpasaran para graduan untuk mendapat pekerjaan di luar sana

Permohonan / Pendaftaran SL1M

Permohonan / pendaftaran SL1M 2018 perlu dibuat di portal rasmi SL1M atau layari https://sl1m.my/

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi 03-8872 3351/3379 atau emel ke [email protected].

Alamat SL1M seperti berikut:

Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri
Kompleks B, Blok B5, Aras 2,
62502 Putrajaya 
Malaysia

Untuk lebih maklumat mengenai program SL1M, pastikan anda ikuti Fanpage SL1M di Facebook.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...