Bahan Pendidikan Percuma Pelajar SPM di SPMflix

262

Ibu bapa yang sibuk membuat permohonan BPR 2021 serta membuat semakan bayaran Interim iSinar secara online, boleh menyediakan bahan belajar untuk anak-anak anda melalui SPMflix pula.

Malah, anda juga boleh membuat permohonan telefon pintar percuma melalui YTL Foundation dan memanfaatkan penggunaan data internet 1GB percuma serta pakej langganan murah untuk anak anda.

Apa itu SPMflix dan bagaimana pula cara mendaftarnya? Mari dapatkan cara daftar SPMflix untuk mendapatkan bahan pendudikan percuma melalui perkongsian ini.

CARA MENDAFTAR BAHAN PENDIDIKAN PERCUMA SPMflix

Untuk membuat pendaftaran anda hanya perlu:

Bahan Pendidikan Percuma Pelajar SPM di SPMflix

  • Isikan maklumat seperti yang diminta
  • Tandakan √ pada kotak dibawah.
  • Klik SIGN UP.
  • Pendaftaran telah berjaya.

SPMflix PORTAL PENDIDIKAN PERCUMA

Untuk pengetahuan anda, SPMflix merupakan satu portal pendidikan percuma di Malaysia.

Ia menyediakan bahan pendidikan khas buat pelajar calon SPM terutamanya dan pelajar bebas memilih subjek yang ingin dipelajari seperti:

  • Sejarah
  • Kimia
  • Matematik
  • Fizik
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Melayu
  • Pelbagai lagi mata pelajaran

Bahan Pendidikan Percuma Pelajar SPM di SPMflix

SOALAN LATIHAN & KUIZ

Terdapat 8,700 video berkaitan subjek disediakan termasuk latihan, kuiz secara online untuk memudahkan pelajar membuat ulangkaji mata pelajaran masing-masing.

Seminar secara langsung juga disediakan kepada pelajar calon SPM iaitu dengan menyediakan:

  • Tips menjawab soalan SPM
  • Teknik menjawab soalan SPM

Tips dan teknik ini disediakan untuk 12 subjek SPM serta dijalankan dalam:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris

Seminar ini diadakan oleh guru-guru yang berpengalaman kepada pelajar dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar untuk mengahadapi peperiksaan SPM.

PERTANYAAN SOALAN KEPADA GURU

Melalui program TANYA CIKGU pula, pelajar boleh mengajukan soalan kepada guru SPMflix yang disediakan di dalam program ini dengan cara menghantar soalan melalui WhatsApp dan soalan pelajar akan dijawab dalam tempoh 12 jam.

Nak tahu SPMflix dengan lebih lanjut? Sila toton video ini.

Selamat ulangkaji pelajaran dan selamat menempuh peperiksaan SPM ya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...