YTL Foundation: Cara Mohon Bantuan Telefon Pintar 2021 & Syarat Kelayakan

1,242

Jika Ustaz Ebit Lew mengedarkan 100 biji Tab kepada para pelajar yang memerlukan untuk pembelajaran kelas secara online di rumah, YTL Foundation juga tidak terkecuali untuk memberikan telefon pintar serta pakej data internet secara percuma kepada pelajar dari golongan B40.

Seperti permohonan yang lain, anda perlu membuat semakan syarat permohonan terlebih dahulu. Namun, bagi anda yang masin lagi mampu dan mempunyai telefon bimbit serta peralatan lain untuk mengikuti kelas online, anda bakal menerima data internet 1GB percuma dan pakej langganan data internet semurah RM20/sebulan.

Jika ingin ketahui lain-lain bantuan yang berkaitan, anda juga boleh layari Portal MANFAAT dengan klik disini sahaja dan buat semakan.

TARIKH AKHIR PERMOHONAN BANTUAN TELEFON PINTAR 2021

Anda boleh membuat permohonan Bantuan Telefon Pintar 2021 dan Data Internet percuma sehingga:

  • 30 Jun 2021

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TELEFON PINTAR 2021

Antara syarat yang ditetapkan untuk Bantuan Telefon Pintar 2021 percuma ialah:

  • Pelajar yang dicalonkan mestilah bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah.
  • Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40 iaitu:
    – Mengikut takrif kerajaan Malaysia, keluarga B40 terdiri daripada mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah RM4,000
    – Status yang telah diluluskan oleh kerajaan ini adalah sebahagian daripada program Bantuan Sara Hidup (BSH)
NOTA PENTING: Sertakan bersama screenshot yang menunjukkan ibubapa murid LULUS permohonan BSH / BPN / BPR bagi kategori B40.
CONTOH SCREENSHOT PENERIMAAN BSH / BPN / BPR IBUBAPA PEMOHON
YTL Foundation: Cara Mohon Bantuan Telefon Pintar 2021 & Syarat Kelayakan

CARA MOHON BANTUAN TELEFON PINTAR 2021 YTL FOUNDATION

Untuk memohon bantuan Telefon Pintar 2021 YTL Foundation, anda hanya perlu:

  • Anda dan anak anda perlu dicalonkan oleh Guru Sekolah terlebih dahulu
  • Pelajar akan diwakili oleh guru masing-masing untuk mengisi borang pencalonan Bantuan Telefon Pintar 2021 YTL Foundation

Maklumat yang perlu anda sediakan ialah:

  • Nombor kad pengenalan anda
  • Nama dan nombor kad pengenalan pelajar
  • Nama dan nombor kad pengenalan ibubapa

Seterusnya isi borang melalui pautan berikut: https://ytlfoundation.org/learnfromhome-b40/

borangytl

SEMAKAN PERMOHONAN TELEFON PINTAR 2021

Untuk memuat semakan status permohonan, klik sahaja pauatan berikut:

  • https://lcs.yes.my/
  • Masukkan maklumat yang diminta
  • Klik HANTAR
  • Lihat paparan status anda.

YTL Foundation: Cara Mohon Bantuan Telefon Pintar 2021 & Syarat Kelayakan

MANFAAT BANTUAN YTL FOUNDATION

Manfaat yang bakal diperolehi oleh pelajar ialah:

  • Telefon pintar
  • Data Internet sebanyak 40GB

Kedua-dua manfaat yang diperolehi adalah secara PERCUMA!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Telefon Pintar dan Data Internet Percuma YTL Foundation di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...