Tab Percuma Untuk Pelajar, Hubungi Ustaz Ebit Lew Dengan Segera

2,176

Pendakwah yang terkenal dengan suka menderma tanpa mengira agama dan golongan masyarakat iaitu Ustaz Ebit Lew telah berbesar hati untuk memberikan tab secara percuma kepada pelajar yang memerlukan untuk tujuan pembelajaran kelas online sepanjang tempoh PKP.

Beliau menyatakan perkara demikian di dalam Facebook dan Instagramnya meminta pelajar yang memerlukan tab untuk menghubunginya pada nombor yang telah diberikan.

Namun setiap pelajar perlu menghubungi pihaknya dengan cepat kerana buat masa kini hanya terdapat 100 biji Tab sahaja untuk diberikan kepada pelajar secara percuma.

TEMPOH LANJUTAN 1GB PERCUMA

Tempoh lanjutan internet 1GB percuma ini adalah:

  • 1 Januari sehingga 30 April 2021

Pemberian data percuma ini merupakan lanjutan dari sebahagian inisiatif PENJANA yang mula diperkenalkan pada Jun 2020.

PERLUASAN PAKEJ LANGGANAN KHAS KEPADA PELAJAR IPT

Jika sebelum ini pakej langganan khas disediakan untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM sahaja.

Namun, melalui pakej langganan khas ini akan diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi untuk tujuan pembelajaran yang lebih baik sepanjang tempoh PKP.

Tempoh bagi pakej langganan khas internet ini juga akan disediakan sehingga:

  • 30 April 2021

Anda boleh dapatkan info lengkap mengenai data 1GB percuma dan Pakej Langganan Khas Kepada Pelajar di pautan:

PEMBELAJARAN SECARA ONLINE

Seperti sedia maklum, pelajar sekolah termasuk pelajar Tadika dan Pelajar IPT akan memulakan pembelajaran secara kelas online atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 2.0.

Tempoh pelaksanaan adalah mengikut tahap umur dan kategori seperti berikut:

  • Prasekolah: 1 jam
  • Rendah: 1-2 jam
  • Menengah rendah: 2-3 jam
  • Menengah atas: 3-4 jam

Atau klik disini untuk mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai PdPR yang dilaksanakan oleh KPM sepanjang PKP 2.0.

NOMBOR TELEFON USTAZ EBIT LEW

Bagi anda yang sangat memerlukan tab tersebut untuk tujuan pembelajaran kelas online boleh menghubungi pihak Ustaz Ebit Lew pada nombor telefon berikut:

  • 017 5870 294

Tab Percuma Untuk Pelajar, Hubungi Ustaz Ebit Lew Dengan Segera

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...