Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Langkah-Langkah Dapatkan Dos Penggalak Di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ProtectHealth

2,074

Orang ramai yang ingin dapatkan dos penggalak pastinya sedia makluma bahawa anda semua tidak perlu mendaftar untuk mendapatkan dos penggalak (booster) kerana MySejahtera akan memaklumkan tarikh janji temu.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi fasiliti kesihatan untuk mendapatkan tarikh janji temu untuk mendapatkan dos penggalak.

Bagi anda yang ingin dapatkan dos penggalak (booster) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah ProtectHealth boleh ikuti langkah-langkah yang disediakan ini.

LANGKAH-LANGKAH DAFTAR DOS PENGGALAK PPV PROTECTHEALTH

Orang ramai yang layak dan belum menerima janji temu di aplikasi MySejahtera, boleh mendaftar sebagai senarai menunggu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pilihan masing-masing seperti langkah-langkah berikut:

Langkah-Langkah Dapatkan Dos Penggalak Di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ProtectHealth

  • Telefon PPV pilihan anda untuk mendaftar. Selain itu, boleh juga menghantr emel atau pergi ke PPV pilihan tersebut untuk membuat pendaftaran.
  • Individu yang layak dinasihatkan untuk mendaftar nama di 1 PPV fasiliti kesihatan swasta sahaja untuk mengelakkan kekeliruan.
  • Mereka yang berjaya mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu dan akan dihubungi oleh pengamal perubatan swasta sekiranya ada pembatalan janji temu atau no show oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera.

Bagi mereka yang telah menerima janji temu MySejahtera:

  • Dapatkan vaksin dos penggalak mengikut janji temu yang telah
    ditetapkan
  • Jangan mendaftar nama dalam mana-mana senarai menunggu

CARA DAFTAR AMBIL BOOSTER

Jika anda nak daftar untuk pengambilan booster melalui MySejahtera, apa yang anda perlu lakukan ialah:

  • Tekan Helpdesk
  • Mula
  • Pilih Janji Temu Vaksinasi Penggalak
  • Pilih G dan isi maklumat lanjut seperti nombor kad pengenalan atau pasport. Kemudian muat naik dokumen yang diperlukan iaitu dokumen pengesahan umrah.

Rujuk: Cara Daftar Ambil Booster (Dos Penggalak) Guna MySejahtera Atau Secara Walk In

KENYATAAN MEDIA

Rujuk kenyataan media Langkah-Langkah Mendapatkan Dos Penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah ProtectHealth berikut:

Langkah-Langkah Dapatkan Dos Penggalak Di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ProtectHealth

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...