Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

3 Langkah Untuk Segerakan Tuntutan Insurans & Takaful Pemegang Polisi/Sijil Terjejas Banjir

969

Pemegang insurans dan takaful yang terlibat dengan banjir boleh menyegerakan tuntutan masing-masing dengan menggunakan 3 langkah yang dikongsikan oleh Bank Negara Malaysia.

Ini dapat membantu mangsa banjir untuk meneruskan kehidupan masing-masing terutamanya selepas banjir surut.

Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini seterusnya semoga segala urusan anda diproses dengan mudah dan segera.

SEGERAKAN TUNTUTAN INSURANS/TAKAFUL

Untuk pengetahuan anda, pihak industri insurans dan takaful bersedia untuk menyegerakan proses tuntutan dan memberikan pertimbangan khas kepada pemegang polisi/sijil yang terjejas dengan banjir.

3 LANGKAH MENYEGERAKAN TUNTUTAN INSURANS/TAKAFUL

Terdapat 3 cara untuk menyegerakan tuntutan insurans dan takaful oleh pemegang polisi/sijil yang terjejas dengan banjir iaitu:

  1. Semak* jika polisi/sijil semasa anda mempunyai perlindungan banjir.
  2. Beritahu ITO atau ejen anda tentang kerugian yang dialami.
  3. Berikan bukti sokongan seperti gambar/viideo kerosakan harta benda yang dipolisikan.
Nota: * Anda boleh mendapatkan maklumat ini melalui jadual Polisi atau Lembaran Penzahiran Produk anda.

LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU PEMEGANG POLISI TERJEJAS INSURANS AM

Antara Bantuan CSR yang tersedia untuk pemegang polisi yang tersedia bagi Insurans Am adalah:

Subsidi pembersihan kenderaan di bengkel untuk kenderaan berikut:

  • Kereta/Kenderaan perdagangan sehingga RM500
  • Motorsikal sehingga RM100

Nota: Tidak termasuk kerja baik pulih kenderaan 

KRITERIA KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang ditetapkan ialah:

  • Terbuka untuk sebarang jenis polisi motor yang mempunyai perlindungan daripada banjir atau tidak.
  • Kemukakan bukti kerosakan banjir pada kenderaan dan bukti perlindungan insurans terdahulu
  • Kenderaan yang kali terakhir diinsuranskan pada 1 Jun 2021

LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU PEMEGANG POLISI TERJEJAS INSURANS HAYAT & TAKAFUL KELUARGA

Bantuan-bantuan yang tersedia kepada pemegang polisi Insurans Hayat dan Takaful Keluarga adalah seperti berikut:

  • Pemberian pelepasan beberapa bulan tambahan untuk pembayaran premium/caruman
  • Penstrukturan semula mod pembayaran premium/caruman
  • Pelanjutan tempoh tangguh selama 30 hari untuk pembayaran premium/caruman
  • Pengurangan/Pengecualian caj faedah untuk pinjaman polisi/sijil dan polisi/sijil dibawah APL (pinjaman premium automatik)
  • Pengecualian kos percetakan untuk polisi insurans/sijil takaful/penggantian kad perubatan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk maklumat lanjut mengenai tuntutan insurans dan takaful, anda boleh menghubungi pengendali insurans dan takaful seperti berikut:

3 Langkah Untuk Segerakan Tuntutan Insurans & Takaful Pemegang Polisi/Sijil Terjejas Banjir

Bagi pemilik rumah yang belum insuranskan rumah anda,boleh berbuat demikian seperti yang dikongsikan ini. Tak mahal pun, bayaran pula secara tahunan.

Kalau anda nak insuranskan rumah anda, boleh klik pautan dibawah:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...