Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[SAVE] Rebat RM500 Buat Mangsa Banjir Beli Peralatan Elektrik Bermula 7 Januari 2022

795

Tahukah anda bahawa banjir kali ini telah menyebabkan kerosakan harta benda yang terlalu banyak termasuklah peralatan-peralatan elektrik seperti mesin basuh, televisyen, peti ais dan sebagainya.

Untuk dapatkan semula peralatan-peralatan elektrik ini bukannya satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan modal yang agak tinggi.

Oleh itu, Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian baucar RM500 kepada mangsa banjir bagi pembelian peralatan elektrik yang baharu.

REBAT RM500 SAVE

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan bahawa:

  • Mangsa banjir boleh membeli barangan elektrik dengan kemudahan rebat RM500 di bawah program ‘Sustainability Achieved via Energy Efficiency’ (SAVE) di premis terpilih atau secara dalam talian.

JUMLAH REBAT & TARIKH REBAT

Seperti sedia makluman, rebat SAVE peralatan elektrik yang akan diterima oleh mangsa banjir adalah berjumlah:

  • RM500

Semua mangsa banjir boleh memberli peralatan elektrik dengan rebat RM500 SAVE  mulai tarikh berikut:

  • 7 Januari 2022

DI MANA BOLEH BELI PERALATAN ELEKTRIK?

Mangsa banjir yang menerima baucar SAVE RM500 boleh membuat pembelian seperti berikut:

  • Secara fizikal di premis berdaftar di bawah SAVE
  • Platform e-dagang iaitu Lazada, Shopee dan PGMall

“Terdapat 1,400 premis yang tersenarai di bawah SAVE kendalian Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia) dan jumlah itu akan ditambah bagi memudahkan mangsa banjir membuat pembelian di premis berdekatan rumah mereka.”

Mereka yang terkesan banjir tidak kira di negeri mana, jika layak, mereka diberi rebat segera bagi setiap pembelian. Contohnya barang bernilai RM1,000, mereka perlu bayar RM500 sahaja

CARA TEBUS & JENIS BARANGAN

SEDA Malaysia akan mengumumkan perincian lanjut mengenai inisiatif rebat berkenaan pada 7 Januari 2022 merangkumi mekanisme tebusan barangan dan jenis barangan.

Agensi Pengurusan Bencara Negara (NADMA) akan mengeluarkan dokumen pengesahan bagi memudah cara mangsa untuk membuat pembelian.

[SAVE] Rebat RM500 Buat Mangsa Banjir Beli Peralatan Elektrik Bermula 7 Januari 2022

Sebelum ini juga telah diadakan Program SAVE 2.0 iaitu pemberian rebat sebanyak RM200 kepada mereka yang layak.

Rujuk: Daftar & Ini Cara Claim Save 2.0 Shopee, Baucar RM200 Barang Elektrik

SENARAI BARANGAN ELEKTRIK

Antara senarai barangan elektrik yang boleh anda dapati di Shopee ialah:

Untuk peralatan-peralatan elektrik yang lain pula, anda boleh klik disini dan buat pilihan mana yang sesuai untuk anda beli mengikut kesesuaian.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...