Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Bantuan Bencana Banjir KWPPL 2021, Bantu Pelaut Terjejas

1,198

Pelaut yang terjejas dengan bencana banjir dipelawa untuk memohon permohonan Bantuan Bencana Banjir (KWPPL) 2021.

Permohonannya adalah sangat mudah kerana pelaut yang terjejas hanya perlu membuat permohonan secara online sahaja mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Dapatkan borang disini dan ikuti langkah-langkah untuk membuat permohonan Bantuan Bencana Banjir (KWPPL) 2021.

INFO PERMOHONAN BANTUAN BENCANA BANJIR BANTU PELAUT TERJEJAS

Susulan fenomena musim Monsun Timur Laut yang melanda Malaysia, sebanyak 8 negeri dilaporkan terjejas banjir iaitu negeri:

  1. Kelantan
  2. Terengganu
  3. Pahang
  4. Kuala Lumpur
  5. Selangor
  6. Melaka
  7. Negeri Sembilan
  8. Perak

Jabatan Laut Malaysia (JLM) turut mengambil berat akan keperihan para pelaut yang terjejas akibat bencana banjir ini melalui Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) membuka permohonan Bantuan Bencana Banjir khas kepada pelaut.

SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan yang telah ditetapkan pula adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Pelaut yang berdaftar dengan Jabatan Laut Malaysia
  • Laporan Polis
  • Kad Pelaut

CARA MOHON

Sekiranya layak, anda boleh membuat permohonan seperti berikut:

  • Permohonan bantuan pelaut ini mestilah dilakukan secara rasmi oleh pelaut yang layak.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan dengan borang yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Klik Save PDF setelah borang diisi lengkap. Penghantaran permohonan dilakukan secara emel kepada [email protected] dengan tajuk emel tersebut dinyatakan sebagai :

‘BANTUAN BENCANA BANJIR KWPPL <nama pemohon>’
Contoh tajuk emel yang perlu ditulis jika nama pemohon ialah Johan Sufian
BANTUAN BENCANA BANJIR KWPPL JOHAN SUFIAN

  • Hanya permohonan yang lengkap dan dihantar melalui emel sahaja yang akan diproses.
  • Hanya pemakluman bagi permohonan yang berjaya, yang akan diberikan maklum balas rasmi oleh sekretariat KWPPL melalui emel.
  • Keputusan akhir KWPPL bagi status permohonan bantuan ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikai.

BORANG PERMOHONAN

Dapatkan borang permohonan disini:

BORANG PERMOHONAN

Cara Mohon Bantuan Bencana Banjir KWPPL 2021, Bantu Pelaut Terjejas

Terdapat bantuan-bantuan lain yang diberikan oleh pihak kerajaan dan agensi-agensi yang lain kepada mangsa banjir adalah seperti berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Bencana Banjir (KWPPL) 2021 sila ajukan ke Jabatan Laut Malaysia di talian berikut:

  • 03-3346 7777
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...