Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tarikh Akhir e-Filling 2021 Bagi Taksiran 2020 Mengikut Kategori. Semak Disini

5,104

Sudahkah anda menyiapkan e-Filing 2021 bagu tahun taksiran 2020? Jika belum, anda sudah boleh menyiapkannya dengan segera kerana Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengumumkan tarikh-tarikh akhir untuk mengemukakan e-Filing mengikut kategori.

Untuk lebih memudahkan pembayar cukai, LHDNM telah menyediakan satu platform untuk pembayar cukai membuat eFiling secara online sahaja melalui ezHasil.

Jadi, semuanya sangat mudah dan anda boleh dapatkan cara mengisi e-Filing dan membuat semakan tarikh seperti yang dikongsikan melalui perkongsian ini.

INFO RINGKAS e-FILING

Aplikasi e-Filing adalah merupakan sistem yang membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran secara dalam talian. Barikut adalah antara BNCP dan borang anggaran yang disediakan dalam e-Filing :

  • Borang B/BT (e-B/e-BT)  : Ada Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan atau Berkepakaran
  • Borang BE (e-BE) : Tiada Punca Pendapatan Perniagaan
  • Borang P (e-P) : Borang Nyata Perkongsian
  • Borang M/MT (e-M/e-MT) : Borang Nyata bagi Individu Bukan Pemastautin/Pekerja Berpengetahuan
  • Borang E (e-E) : Borang Nyata Oleh Majikan
  • Borang C (e-C) : Borang Nyata Syarikat

TARIKH ISI BORANG e-FILING TAHUN TAKSIRAN 2020

Anda boleh mula mengisi Borang Nyata Tahun Saraan 2020 dan Tahun Taksiran 2020 melalui e-Filing bermula:

  • 1 Mac 2021

TARIKH TUTUP ISI BORANG e-FILING

Berikut adalah senarai tarikh akhir e-Filing 2021 mengikut kategori dan jenis borang seperti berikut:

Tarikh Akhir e-Filling 2021 Bagi Taksiran 2020 Mengikut Kategori. Semak Disini

Atau rujuk pada pautan berikut untuk info yang lebih lengkap:

CARA ISI BORANG e-FILING MELALUI ezHASIL

Berikut adalah beberapa cara untuk anda mengisi borang e-Filing secara online.

1. Log Masuk

Aktifkan dahulu nombor PIN pada Login Kali Pertama bagi mendapatkan sijil digital.

  • Layari laman ini dahulu : https://ez.hasil.gov.my/CI/ atau http://www.hasil.gov.my/
  • Pembayar cukai yang belum pernah menggunakan aplikasi e-Filing perlu memohon nombor Pin e-Filing terlebih dahulu dari kaunter Khidmat Pelanggan LHDNM.
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan juga Kata Laluan yang tepat.
  • Klik butang hantar.

Selepas menghantar borang e-Filing, anda dinasihatkan untuk:

  • Cetak dan simpan: e-Borang
  • Cetak dan simpan: Pengesahan penerimaan e-borang.

Rujuk: Cara Isi Borang e-Filing Online Cukai Pendapatan LHDN ezHasil

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat dan pertanyaan mengenai e-Filing sila hubungi LHDNM di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...