Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

31 Mac Tarikh Akhir Permohonan ILestari. Cepat Apply, Online Sahaja

2,192

Pengeluaran iSinar masih lagi belum cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan anda? Jika ya, anda boleh membuat permohonan melalui iLestari pula. Masih belum terlambat untuk membuat permohonan kerana anda boleh membuat permohonan sebelum 31 Mac 2021 ini.

Bagi yang telah membuat permohonan iLestari, anda boleh membuat semakan jadual pembayaran bulan Januari yang telah dikongsikan oleh KWSP disini. Jadi, anda tidak perlu risau tarikh pembayaran dan boleh semak akaun bank anda sahaja.

Seperti sedia maklum, pengeluaran iLestari yang boleh dipohon adalah sebanyak RM500 maksimum untuk sebulan.

INFO RINGKAS i-LESTARI KWSP

Pengeluaran iLesatri adalah daripada Akaun 2 pencarum dan bertujuan untuk membantu pencarum yang terjejas pendapatan mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup semasa berdepan pandemik Covid-19.

Contoh permohonan i-Lestari adalah seperti berikut:

  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  • Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

KELAYAKAN AMAUN PENGELUARAN iLESTARI KWSP

Amaun pengeluaran iLestari yang dikeluarkan ialah:

  • Minimum sebanyak RM50 dan maksimum RM500 / sebulan.
  • Tertakluk keapda jumlah simpanan Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan.
  • Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

CARA MOHON PENGELUARAN iLESTARI AKAUN 2

Untuk permohonan pengeluaran iLestari, rujuk gambar di bawah dan atau dapatkan info lengkap di pautan berikut:

Anda boleh memohon pengeluaran i-Lestari boleh melalui i-Akaun (Ahli) seperti berikut dengan melayari laman web www.kwsp.gov.my :

  1. Log masuk ke i-Akaun (Ahli)
  2. Pilih Tab Pengeluaran
  3. Klik e-Pengeluaran
  4. Klik Permohonan Baru
  5. Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi.
  6. Isikan ‘Amaun Dimohon’
  7. Isikan ‘ Butiran Akaun Bank’
  8. Klik ‘Setuju’ di bahagian ‘Perakuan’
  9. Klik ‘Permohonan TAC’
  10. Isikan nombor TAC dan ‘Hantar’
  11. Skrin akan memaparkan ‘Pengesahan Permohonan Pengeluaran’

31 Mac Tarikh Akhir Permohonan ILestari. Cepat Apply, Online Sahaja

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk maklumat lanjut serta panduan, anda boleh layari laman berikut :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...