Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Biasiswa MEXT 2021: Program Tajaan Jepun Untuk Pelajar Malaysia & Latihan Perguruan MONBUKAGAKUSHO

1,805

Kerajaan Jepun telah membuka permohonan kepada semua pelajar Malaysia dan guru yang layak untuk memohon Biasiswa MEXT 2021 Program Tajaan Kerajaan Jepun atau MONBUKAGAKUSHO mulai 6 Januari sehingga 18 Februari 2021.

Bagi anda yang berminat dengan negara Jepun, boleh membuat permohonan ini dengan segera agar tidak terlepas peluang untuk menimba pengalaman yang jarang-jarang sekali dibuka oleh Kerajaan Jepun.

Oleh itu, jom semak kelayakan permohonan Biasiswa MEXT 2021 Program Tajaan Kerajaan Jepun atau MONBUKAGAKUSHO mengikut kategori melalui perkongsian ini.

INFO RINGKAS BIASISWA MEXT 2021

Untuk pengetahuan anda, MEXT merupakan singkatan daripada Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi (Monka-shō) bagi salah satu kementerian di bawah Kerajaan Jepun.

Ia bertujuan untuk memupuk sumber manusia yang akan menjadi jambatan persahabatan antara negara penerima biasiswa dan Jepun melalui kajian di Jepun dan yang akan menyumbang kepada pembangunan kedua-dua negara dan dunia yang lebih luas.

SYARAT KELAYAKAN BIASISWA MEXT 2021

Biasiswa MEXT 2021 Program Tajaan Kerajaan Jepun atau MONBUKAGAKUSHO adalah mengikut kategori seperti berikut:

KURSUS LATIHAN PERGURUAN / TEACHER TRAINING COURSE

  • Kursus Latihan Pergururan / Teacher Training Course ini adalah selama 1.5 tahun sahaja.
  • Pemohon mestilah berumur di bawah 35 tahun.
  • Menguasai bahasa Inggeris dengan baik
  • Bersedia belajar bahasa Jepun.
  • Bagi guru di sekolah rendah atau menengah atau staf akademik di Institusi Latihan Guru dengan pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun.
  • Anda boleh memohon melalui laman web JPA di pautan berikut: https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=MEX1

Biasiswa MEXT 2021: Program Tajaan Jepun Untuk Pelajar Malaysia & Latihan Perguruan MONBUKAGAKUSHO

PENGAJIAN JEPUN

  • Bagi Pengajian Jepun pula, tempoh pengajian adalah selama 1 tahun.
  • Pemohon mestilah berumur antara 18 dan 29 tahun.
  • Boleh menguasai bahasa Jepun dengan baik.
  • Bagi pelajar sarjana tahun 2 dan 3 yang kini mengambil jurusan Bahasa Jepun atau Budaya Jepun.
  • Info lanjut sila dapatkan di: https://www.my.emb-japan.go.jp/itpr_en/japanesestudies.html

Biasiswa MEXT 2021: Program Tajaan Jepun Untuk Pelajar Malaysia & Latihan Perguruan MONBUKAGAKUSHO

TARIKH PERMOHONAN BIASISWA MEXT 2021 PROGRAM TAJAAN KERAJAAN JEPUN

Tarikh permohonan Biasiswa MEXT 2021 adalah seperti berikut:

  • 6 Januari hingga 18 Februari 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan menegnai Biasiswa MEXT 2021 Tajaan Kerajaan Jepun sila layari:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...