Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Geran Pengajian Automotif Mercedes-Benz Malaysia Sehingga RM5,000 & Peluang Latihan Di 11 Cawangan

1,605

Para pelajar bermula umur 16 tahun yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang automotif dipelawa untuk memohon Geran Pengajian Automotif Mercedes-Benz yang telah dibuka permohonannya.

Permohonan perlu dibuat dengan segera kerana tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2021 ini serta perlu dibuat secara online.

Berminat? Teruskan bacaan anda dan dapatkan syarat kelayakan permohonan disini seterusnya buat permohonan anda dengan segera.

Baca juga: Nak Semak Pengiktirafan Program Pengajian Menggunakan eSisraf? Ini Caranya

INFO RINGKAS GERAN PENGAJIAN AUTOMOTIF

Geran ini memberi peluang kepada golongan belia yang berminat untuk bekerja di bawah sektor automotif untuk mengakses pendidikan teknikal dan vokasional berkualiti. Cycle & Carriage akan menganugerahkan geran-geran ini kepada penerima layak bagi tahun 2021.

Geran pengajian ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan oleh Cycle & Carriage bagi pembangunan sosial di dalam komuniti tempatan serta pendidikan teknikal dan vokasional negara. Sejak ia ditubuhkan pada 2019, geran pendidikan Cycle & Carriage telah berjaya melancarkan karier 10 individu berbakat.

TARIKH MOHON & TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Pelajar yang berminat perlu membuat permohonan mulai tarikh berikut:

  • Tarikh permohonan dibuka: 15 Julai 2021
  • Tarikh permohonan ditutup: 31 Ogos 2021

JUMLAH GERAN

Jumlah geran yang akan diberikan kepada pemohon yang berjaya adalah sebanyak:

  • RM5,000 untuk pengajian selama 3 tahun maksimum.

MANFAAT GERAN PENGAJIAN AUTOMOTIF MERCEDES-BENZ

Antara manfaat yang diperolehi oleh pelajar adalah seperti berikut:

  1. Berpeluang menyertai program internship bersama Cycle & Carriage Bintang Berhad semasa cuti semester.
  2. Latihan disalah sebuah daripada 11 cawangan Cycle & Carriage Bintang Berhad di seluruh Malaysia.
  3. Penempatan karier di Cycle & Carriage selepas habis pengajian.

SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan untuk memohon Geran Pengajian Automotif Mercedes-Benz yang dibuka oleh pengedar Mercedes-Benz, Cycle & Carriage Bintang Berhad adalah seperti berikut:

  • Belia Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas
  • Sedang menjalani atau sudah dapat penempatan sah dalam kursus automotif di institusi diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di Kementerian Sumber Manusia atau Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Pemohon juga mesti mempunyai kredit minima dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik samada di dalam sijil Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
  • Datang dari isi rumah dengan pendapatan bulanan RM 4,850 dan ke bawah.

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online melalui laman web berikut:

Geran Pengajian Automotif Mercedes-Benz Malaysia Sehingga RM5,000 & Peluang Latihan Di 11 Cawangan

  • Lengkapkan permohonan anda dan hantar sebelum 31 Ogos 2021.

Baca juga: [Cara Mohon] Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) Anggota Koperasi Tentera. Muat Turun Borang Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Geran Pengajian Automotif Mercedes-Benz sila hubungi Cycle & Carriage Bintang Berhad di:

  • Telefon: 1800-22-8000
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...