Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Biasiswa Yeoh Fung Kee & Wong Yew Nyong RM4,500 Semester. Ini Syarat Permohonan

1,682

Pelajar yang menuntu di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dipelawa untuk memohon Biasiswa Yeoh Fung Kee & Wong Yew Nyong.

Biasiswa Yeoh Fung Kee & Wong Yew Nyong ini terbuka kepada pelajar baru Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Apakah syarat permohonan dan cara mohon Biasiswa Yeoh Fung Kee & Wong Yew Nyong? Semak disini.

TARIKH BUKA & TUTUP PERMOHONAN

Para pelajar baharu Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Sidang Akademik 2021/2022 boleh membuat permohonan pada tarikh berikut:

  • Tarikh Buka Permohonan: 1 Oktober 2021 (Jumaat/9 pagi)
  • Tarikh Tutup Permohonan: 31 Oktober 2021 (Ahad/4 petang)

Baca juga: [Fly2Campus] Berikan Maklumat Tarikh Penerbangan Anda & Bersedia Untuk Pulang Ke Kampus Anda!

JUMLAH KADAR BIASISWA

Jumlah kadar biasiswa yang akan diterima oleh pemohon adalah sebanyak:

  • RM4,500/semester

BIDANG PENGAJIAN DITAWARKAN

Bidang pengajian yang ditawarkan untuk memohon Biasiswa Yeoh Fung Kee & Wong Yew Nyong ialah:

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

SYARAT PERMOHONAN BIASISWA YEOH FUNG KEE & WONG YEW NYONG 2021/2022

Syarat permohonan Biasiswa Yeoh Fung Kee & Wong Yew Nyong yang telah ditetapkan ialah:

  • Rakyat Malaysia berumur 23 tahun ke bawah
  • Sijil Pelajaran Malaysia/A Level dengan 3A
  • Diploma/Matrikulasi dengan keputusan CGPA 3.30 ke atas
  • Tidak mendapat tajaan pinjaman/biasiswa/sebarang bentuk kewangan lain
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM5,000 sebulan.

CARA MOHON BIASISWA YEOH FUNG KEE & WONG YEW NYONG 2021/2022

Permohonan Biasiswa Yeoh Fung Kee & Wong Yew Nyong adalah dengan memuat turun borang permohonan terlebih dahulu.

  • Klik sini untuk muat turun borang: BORANG PERMOHONAN
  • Lengkapkan permohonan anda dengan menyertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Hantar borang permohonan anda di allmakt berikat:

    Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni
    H20, Kompleks Sahaya Siswa
    Universiti Sains Malaysia
    11800 MINDEN, Pulau Pinang

    U.P: Cik Sheilawanis binti Abdul Karim
    Email: [email protected]

DOKUMEN SOKONGAN

Pastikan anda menyediakan dokumen sokongan berikut untuk dihantar bersama borang permohonan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon,ibu, bapa atau penjaga
  • Salinan Kad Matrik
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan USM
  • Salinan Akaun Bank
  • Salinan sijil kematian ibu, bapa atau penjaga
  • Salinan Penyata Gaji Terkini ibu, bapa atau penjaga
  • Gambar (Dilekat atas borang permohonan)
  • Salinan Sijil Perkahwinan/Penceraian ibu, bapa atau penjaga
  • Salinan Surat Pinjaman Biasiswa (jika ada)
  • Salinan Sijil Kelahiran pemohon,ibu,bapa atau penjaga
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Diploma atau Sijil Matrikulasi

Biasiswa Yeoh Fung Kee & Wong Yew Nyong RM4,500 Semester. Ini Syarat Permohonan

Baca juga: [Kemaskini] Pergerakan Harian Ke Sekolah/Institusi Pendidikan & Kemasukan Pelajar Ke Asrama Melibatkan Rentas Negeri

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Biasiswa Yeoh Fung Kee & Wong Yew Nyong sila hubungi:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...