Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

8 Cara Jawab Soalan Mengenai Isu Semasa Ketika Temuduga

2,531

Terdapat pelbagai cara untuk menjawab soalan ketika temuduga agar calon lebih yakin dan menjadi pilihan panel untuk diambil bekerja di jabatan/kementerian berkenaan.

Bagi calon yang memohon jawatan kerajaan, pastinya ingin berjaya dalam temuduga kerana pelbagai proses telah dilalui bermula daripada permohonan di laman rasmi SPA, Ujian jawatan secara online seterusnya dipanggil temuduga.

Jika panel temuduga bertanyakan soalan mengenai isu semasa, apa jawapan anda? Bagaimana nak jawab? Ini 8 cara nak jawab soalan mengenai isu semasa yang boleh membantu anda.

Baca juga: 10 Soalan Lazim Sering Ditanya Calon Yang Pohon Jawatan Melalui SPA9. Dapatkan Jawapannya Disini

8 CARA JAWAB SOALAN TEMUDUGA ISU SEMASA

“Sila ceritakan mengenai isu semasa yang berlaku pada masa kini?”

Apa yang perlu anda jawab atau apa yang anda nak katakan kepada panel? Ini cara menjawab soalan temuduga isu semasa agar panel tertarik dengan jawapan anda:

1. UCAPKAN TERIMA KASIH

  • Pastikan anda menjawab terima kasih ketika salah seorang panel temuduga bertanyakan soalan kepada anda. Sekurangnya, anda tidak gugup dan tampak lebih yakin untuk menjawab soalan yang diberikan ahli panel.
  • Contoh: “Terima kasih Tuan/Puan/Dato’ atas soalan tersebut”

2. PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ISU SEMASA

  • Ceritakan tentang pengenalan dahulu.
  • Contoh jawapan: “Terima kasih Tuan atas soalan tersebut. Isu semasa yang melanda negara Malaysia pada hari ini adalah pandemik Covid-19…..”
  • Nyatakan tarikh bermula, bermula dari mana, lokasi dan mengikut kronologi dan pastikan ianya adalah berdasarkan fakta yang tepat.
  • Pilih latar belakang isu semasa yang sesuai dalam masa 1-3 minit sahaja selama mana panel masih mendengar jawapan anda. Jangan terlalu lama.

3. NYATAKAN ISU SEMASA & HURAIKAN

  • Nyatakan kandungan yang boleh dihuraikan berkaitan isu semasa yang ditanya oleh panel temuduga.
  • Sebutkan fakta yang betul seperti nama individu yang berkaitan, masa, lokasi, tarikh dan sebagainya. Tak perlu terlalu detail dan nyatakan sumber yang anda perolehi. Ini sangat penting agar panel merasakan anda tidak bercakap kosong dan membuat ulangkaji sebelum hadir temuduga.

4. PERSEDIAAN RAPI & KAJIAN

  • Buat persediaan rapi dan buat kajian dengan membaca hal isu semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara.
  • Ini menjadikan anda lebih yakin untuk menjawab soalan berkaitan isu semasa yang disoal panel penemuduga.

5. KEMUKAKAN PANDANGAN ANDA

  • Setelah anda menghuraikan jawapan isu semasa, anda boleh kemukakan pandangan anda berkaitan dengan isu semasa tersebut.
  • Contohnya: “Tuan/Puan, mengenai isu semasa ini, saya mempunyai pandangan tersendiri iaitu_________________”. Masukkan pandangan anda dengan mengaitkan isu semasa yang telah anda huraikan tadi.

6. KAITKAN DENGAN JAWATAN/TUGASAN

  • Setelah anda siap memberi pandangan, seterusnya kaitkan ia dengan tugasan anda sekiranya diberi peluang untuk menjawat jawatan tersebut dan kaitkan dengan isu semasa yang dibincangkan.
  • Pastikan anda tahu deskripsi tugas anda ya!

7. CADANGAN/IDEA PENAMBAHBAIKAN

  • Sediakan idea penambahbaikan atau cadangan terhadap isu semasa tersebut.
  • Contohnya: “Jika saya diberi peluang menjawat jawatan ini, saya akan lakukan ini (sebutkan cadangan anda) agar segalanya berjalan dengan lancar dan menjadi lebih efektif”
  • Tunjukkan satu persembahan seperti pembentangan ringkas dengan menggunakan pelbagai gajet yang anda ada. Masa yang dicadangkan 1-2 minit sahaja.Pastikan anda memohon kebenaran daripada panel dahulu ya.

8. UCAPKAN TERIMA KASIH SEBAGAI PENUTUP

  • Ucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua panel temuduga sebagai penutup kepada hujah/jawapan terhadap isu semasa yang telah anda nyatakan sebentar tadi.
  • Contohnya: “Terima kasih Tuan, Puan kerana sudi mendengar huraian saya mengenai isu semasa itu tadi. Kita berharap segalanya akan bertambah baik dari semasa ke semasa serta di masa hadapan”
  • Pastikan ucapan anda meyakinkan pihak panel dan pastikan ayat yang disusun kelihatan dan kedengaran profesional untuk meyakinkan panel temuduga.

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk menjawab soalan berkaitan isu semasa ketika temuduga nanti.

Baca juga: Jangan Sebut “Tak Tahu” Dalam Temuduga Kerja SPA! Pantang Larang Temuduga

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...