Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

10 Soalan Lazim Sering Ditanya Calon Yang Pohon Jawatan Melalui SPA9. Dapatkan Jawapannya Disini

7,495

Kebanyakan pencari kerja di Malaysia yang ingin bekerja sebagai penjawat awam perlu memohon pekerjaan melalui portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Terdapat pelbagai jenis jawatan yang ditawarkan melalui SPA mengikut kategori kelayakan kepada anda semua.

Bagi anda yang ingin mempunyai persoalan berkaitan permohonan jawatan di SPA, sila rujuk 10 jenis soalan lazim beserta jawapan yang dikongsikan ini.

10 JENIS SOALAN LAZIM MOHON JAWATAN SPA

Terdapat 10 jenis soalan lazim yang sering disoal oleh pemoohon dilaman rasmi SPA iaitu:

1. Saya telah memohon jawatan dalam Sistem SPA9. Adakah saya akan dipanggil temu duga?

Jawapan

  • Pemohon akan dipanggil temu duga sekiranya :
    a. Melepasi tapisan syarat-syarat yang ditetapkan dalam sesuatu urusan pengambilan; dan
    b. Lulus dalam peperiksaan/ujian yang berkaitan.

May be an image of text that says 'INFO SPA BIL.15/2020 SURUHANJAYA PERKHIDMATANA AWAM MALAYSIA ? Siapa yang perlu mendaftar SPA9? Pemohon sedia ada di bawah SPA8i yang akaun pendaftaran masih belum tamat tempoh, tidak perlu mendaftar semula di SPA9 kecuali untuk menyemak status permohonan atau memohon jawatan baru. SISTEM PENDAFTARAN SPACA PEKERJAAN SURUHANJAYA PERKHID MATAN AWAM https://spa9.spa.gov.my/ a'

2. Kenapakah saya tidak pernah dipanggil ke temu duga walaupun saya telah lama memohon jawatan dalam Sistem SPA9?

Jawapan

  • Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temu duga walaupun telah lama memohon jawatan dalam Sistem SPA9. Antara sebabnya termasuklah:
    a. Tiada urusan pengambilan dijalankan kerana tiada permohonan pengisian kekosongan jawatan daripada Kementerian/Jabatan/Agensi
    b. Permohonan dalam Sistem SPA9 telah tamat tempoh sah laku pendaftaran dan tidak dikemas kini
    c. Pemohon tidak memenuhi syarat skim perkhidmatan serta syarat-syarat tapisan yang ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi berkaitan

3. Adakah saya akan disenaraihitamkan sekiranya saya gagal menghadiri temu duga?

Jawapan

  • Tidak

4. Bolehkah saya walk in ke sesuatu urusan temu duga walaupun tidak menerima panggilan temu duga?

Jawapan

  • Tidak boleh

5. Bolehkah saya menukar tarikh/ pusat temu duga?

Jawapan

  • Boleh tertakluk kepada faktor-faktor berikut :
    a. Kecemasan
    b. Keagamaan
    c. Kesihatan
    D. Lokaliti (Sabah/Sarawak/Semenanjung)

6. Mengapakah saya tidak berjaya dalam temu duga?

Jawapan

  • Calon yang gagal temu duga disebabkan prestasi temu duga yang kurang memuaskan. Sebagai contoh, tidak membuat persediaan dari segi mental dan fizikal, tiada pengetahuan berkaitan jawatan yang ditemu duga, tidak dapat mengemukakan dokumen yang lengkap, personaliti yang tidak bersesuaian dan tidak memenuhi kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

7. Adakah proses untuk dipanggil temu duga dibuat berdasarkan tarikh pendaftaran seseorang calon?

Jawapan

  • Semua permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

8. Saya merupakan pemegang diploma. Perlukah saya membawa diploma dan transkrip semasa menghadiri temu duga jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM sahaja?

Jawapan

  • Calon digalakkan membawa semua kelayakan akademik yang diperolehi.

9. Bagaimana saya boleh menyemak keputusan temu duga?

Jawapan

10. Bilakah keputusan temu duga diumumkan?

Jawapan

  • Dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh terakhir urusan temu duga dilaksanakan.

CARA MOHON JAWATAN DI SPA9

Untuk mohon jawatan di SPA9, anda perlu log masuk di pautan berikut:

SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

  • Seterusnya masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN, KATA LALUAN dan klik LOG MASUK.
  • Isikan maklumat yang diperlukan dan pada bahagian jawatan, anda boleh mengisi sehingga 15 jawatan untuk dipohon.
  • Pendaftaran dan permohonan anda telah siap.

Atau rujuk: SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

Bagi warga negeri Sarawak pula boleh memohon pekerjaan secara online melalui eRecruitment.

Bagaimanakah caranya untuk mohon kerja melalui eRecruitment?

Klik sini: Anda Orang Sarawak? Ini Cara Mohon Kerja Secara Online Melalui eRecruitment Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Anda Orang Sarawak? Ini Cara Mohon Kerja Secara Online Melalui eRecruitment Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...