Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jangan Sebut “Tak Tahu” Dalam Temuduga Kerja SPA! Pantang Larang Temuduga

6,738

Temuduga membuatkan saya menjadi seorang yang gemuruh terutamanya ketika berhadapan dengan penemuduga.

Tetapi tahukah anda bahawa penemuduga sangat mementingkan seorang pekerja yang memounya keyakinan tinggi dalam melakukan apa-apa sahaja tugasan.

Jadi, anda perlu menjawab soalan dengan penuh keyakinan tetapi anda sangat dilarang untuk menyebut perkataan “TAK TAHU” ketika menjawab soalan yang agak tricky.

Baca juga: Senarai 20 Soalan Interview Paling Sukar dan Bagaimana Menjawab Soalan-soalan Tersebut

JAWAPAN “TAK TAHU” KETIKA TEMUDUGA

Tahukah anda bahawa  jawapan “TAK TAHU” ini telah menyebabkan markah anda dipotong dan sudah tentunya ia menyebabkan anda tidak mendapat pekerjaan yang anda mahukan.

Perkara ini telah diakui sendiri oleh salah seorang ahli panel temuduga yang telah menganggotai satu panel interview jurutera baru dalam perkhidmatan awam.

Sekiranya anda terbiasa menyebut “TAK TAHU”, cuba biasakan untuk memberikan jawapan yang lebih baik dan penuh yakin selain “TAK TAHU” kerana sebarang soalan yang diberikan adalah bertujuan untuk:

  • Menilai (gauge) seorang calon yang boleh berfikir dengan pantas dan berupaya mencari jawapan kepada masalah yang kompleks.

TIPS MENJAWAB SOALAN SUKAR & CARA ELAKKAN SEBUT “TAK TAHU”

Untuk menjawab soalan yang sukar dan tiba-tiba ditanya oleh penemuduga, anda boleh amalkan tips berikut dan jawab soalan dengan penuh yakin dihadapan penemuduga:

1. AMBIL MASA UNTUK MENJAWAB

Anda fahamkan soalan yang ditanya dan selitkan sedikit perbualan seperti berikut:

  • “Soalan yang baik dan jawapan saya adalah….”

Sekurang-kurangnya tiada ruang yang senyap dan ia menujukkan anda seorang yang matang dalam menyelesaikan masalah.

2. KAITKAN DENGAN PENGALAMAN

Anda juga boleh menjawab soalan tricky tersebut berdasarkan pengalaman yang telah ada pada anda sebelum ini. Oleh itu, persediaan sebelum temuduga sangat penting dan bagi yang belum ada pengalaman, kaitkan sahaja dengan bidang pekerjaan yang ditawarkan dengan anda.

3. SENTIASA TENANG

Penting disini untuk anda bertenang dan tidak menjawab soalan yang luar daripada bidang. Pastikan ianya berada dalam skop yang sama dan pastikan jawapan yang diberikan relevan dengan soalan yang ditanya oleh panel penemuduga.

4. TIDAK MENIPU

Anda juga dilarang untuk menipu ketika menjawab soalan dan jawablah dengan jujur dan yakin. Keyakinan dan kejujuran yang diberikan boleh menarik perhatian panel untuk memberikan anda markah yang jauh lebih baik berbanding calon yang lain.

5. BETUL ATAU SALAH

Disini tiada jawapan betul atau salah bagi soalan yang agak tricky atau soalan berkaitan pendapat. Berikan sahaja pendapat anda dan gunakan ayat atau perkataan yang mudah panel fahami.

KISAH MENARIK PANEL PENEMUDUGA

Terdapat kisah menarik seorang panel penemuduga dengan seorang calon yang sangat yakin memberikan jawapannya dan beliau sangat suka dengan jawapan yang diberikan kerana calon tersebut berani menjawab dengan jujur.

Apakah soalan yang dikemukakan oleh panel tersebut?

Inilah soalannya:

Panel: “Why do you want to be a fighter pilot then, although you have a Bachelor in Engineering?”

Calon: “I want to be a fighter pilot because the job is for the Best of the Best”. (dijawab dengan pantas)

Panel: “So, this department is second best to you”

Jadi, sebagai calon temuduga jadikan kisah ini sebagai contoh yang baik buat anda dan hindarkan daripada berkata “TAK TAHU” untuk menjawab soalan yang agak sukar.

TIPS HADIR TEMUDUGA OLEH IR.HJ.ZAINUDDIN

Sebagai ahli panel penemuduga, Tuan Ir.Hj. Zainuddin juga berkongsi beberapa tips yang boleh dijadikan rujukan buat anda semua:

Ketamprilan Yang Kemas

  • Belajarlah ikat tie dgn cara betul dan pakai baju lengan panjang beserta seluar tempah (bukan jeans). Pakai kasut kilat hitam jika ada. Untuk perempuan jangan pakai pakaian terlalu seksi (kecuali anda mohon kerja sebagai seorang GRO).

Nampak Konfiden

  • Jangan gugup bila bercakap. Kalau rasa takut, imagine semua panelist dihadapan anda berbogel tanpa pakaian.

Jawab Semua Soalan

  • Jawab semua soalan walau salah. Biar nampak kerek.

Fast Thinker

  • Panelist nak tau adakah anda fast thinker.

Lantunan Suara

  • Suara jangan keras jangan lembut macam pondan. Duduk dengan badan tegak di kerusi jangan menyandar.

Jawab Dengan Tenang

  • Jawab soalan dengan ayat satu persatu jangan kelam kabut sehingga tak boleh faham.

Ekspresi Wajah

  • Jangan banyak tersenyum seperti kerang busuk

Baca juga: Majikan Ini Warning, Jangan Ulangi 5 Kesalahan Ini Ketika Temuduga Anda

Jadi, amalkan tips yang diberikan dan ingat, jangan sebut “TAK TAHU” ya jika anda inginkan jawatan yang ditawarkan.

Jangan Sebut "Tak Tahu" Dalam Temuduga Kerja SPA! Pantang Larang Temuduga

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...