[Fly2Campus] Berikan Maklumat Tarikh Penerbangan Anda & Bersedia Untuk Pulang Ke Kampus Anda!

Oleh kerana universiti akan memulakan pembelajaran secara bersemuka pada 15 Oktober 2021, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama syarikat penerbangan telah mengambil satu inisiatif untuk memudahkan pelajar melalui Aplikasi Fly2Campus.

Program ini akan memudahkan pelajar untuk membuat belian tiket penerbangan berdasarkan maklumat yang diberikan.

Dengan hanya menggunakan aplikasi Fly2Campus, pelajar IPT akan dihubungi oleh pihak penerbangan untuk urusan pembelian tiket.

TARIKH PENDAFTARAN FLY2CAMPUS

Pelajar Institus Pengajian Tinggi (IPT) perlu membuat pendaftaran Fly2Campus mulai:

  • 1 Oktober 2021 (12 tengah hari) hingga 6 Oktober (12 tengah hari)

MAKLUMAT DIPERLUKAN

Sebelum membuat pendaftaran, anda digalakkan untuk menyediakan beberapa maklumat penting untuk tiket penerbangan seperti berikut:

Nama penuh, nombor telefon & nombor kad pengenalan anda

  • Untuk tujuan menyemak dan mendaftarkan diri bagi menggunakan sistem Fly2Campus

Alamat emel yang aktif dan sahih

  • Supaya dapat menerima kata laluan yang akan dihantar melalui emel

Anda juga perlu memberikan maklumat-maklumat penting seperti berikut:

  • Tarikh penerbangan
  • Balai berlepas
  • Balai ketibaan

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang diperlukan untuk menggunakan aplikasi Fly2Campus ialah:

  • Pelajar IPT (berstatus warganegara) dibawah KPT
  • Menerima pemakluman masuk ke kampus bagi sesi akademik 2021/2022 secara fizikal mulai 15 Oktober 2021
  • Ingin menggunakan perkhidmatan penerbangan

Nota: Pelajar tidak perlu membeli tiket melalui sistem Fly2Campus sebaliknya menyediakan maklumat yang diperlukan sahaja bagi tujuan penyelerasan.

PENDAFTARAN

Pendaftaran adalah secara online melalui pautan berikut:

[Fly2Campus] Berikan Maklumat Tarikh Penerbangan Anda & Bersedia Untuk Pulang Ke Kampus Anda!

Penentuan tarikh, jadual penerbangan dan penyedia perkhidmatan penerbangan adalah tertakluk kepada penyelarasan di peringkat KPT dan penyedia perkhidmatan penerbangan.

SENARAI LAPANGAN TERBANG TERLIBAT

Buat masa ini, hanya penerbangan bagi laluan utama Semenanjung-Sabah-Sarawak-Labuan diberi keutamaan. Lapangan terbang yang terlibat ialah:

  1. Lapangan Terbang Senai: Johor
  2. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra: Kelantan
  3. Lapangan Terbang KLIA 1 & 2: Kuala Lumpur & Selangor
  4. Lapangan Terbang Labuan: Wilayah Persekutuan Labuan
  5. Lapangan Terbang Pulau Pinang: Pulau Pinang
  6. Lapangan Terbang Kota Kinabalu: Sabah
  7. Lapangan Terbang Sandakan: Sabah
  8. Lapangan Terbang Tawau: Sabah
  9. Lapangan Terbang Kuching: Sarawak
  10. Lapangan Terbang Bintulu: Sarawak
  11. Lapangan Terbang Miri: Sarawak
  12. Lapangan Terbang Sibu: Sarawak
Nota: Pelajar yang telah mendaftar melalui aplikasi ini akan dihubungi oleh pihak penyedia perkhidmatan penerbangan bagi pengesahan dan urusan pembelian tiket penerbangan.
[Fly2Campus] Berikan Maklumat Tarikh Penerbangan Anda & Bersedia Untuk Pulang Ke Kampus Anda!
[Fly2Campus] Berikan Maklumat Tarikh Penerbangan Anda & Bersedia Untuk Pulang Ke Kampus Anda!
[Fly2Campus] Berikan Maklumat Tarikh Penerbangan Anda & Bersedia Untuk Pulang Ke Kampus Anda!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut boleh hubungi Bilik Gerakan KPT di talian:

  • 03-8870 6777/6628/6949/6623.

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.