Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bayaran Gagal Kredit & Tunai BPN Fasa 2? Ini Tarikh Pembayarannya

3,236

Semua penerima BPN 2.0 Fasa Kedua sedia maklum dan telah membuat semakan bayaran secara online di portal rasmi BPN dan hari ini 21 Januari 2021 semua bayaran telah dikreditkan ke akaun masing-masing.

Bai mereka yang bayaran gagal kredit dan menerima bayaran secara tunai pula perlu hadirkan diri ke BSN untuk menerima baucar tunai dan buat semakan nombor baucer terlebih dahulu, ya.

Anda hanya boleh membuat semakan nombor baucer secara online sahaja seterusnya salin dan simpan nombor baucer BPN untuk di bawa ke BSN.

TARIKH PEMBAYARAN TUNAI & GAGAL KREDIT BPN 2.0

Tarikh pembayaran secara tunai dan kepada pemohon yang statusnya gagal kredit adalah seperti berikut:

  • Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran akan dibuat mulai 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.
  • Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula, pembayaran akan bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan akhir bulan ini.
  • BPN 2.0 akan dibayar secara one-off dengan bayaran BSH 2020 fasa ketiga sekiranya penerima pedalaman Sabah dan Sarawak tidak mempunyai akaun bank bank.

JUMLAH BAYARAN BPN 2.0 FASA KEDUA

Untuk pembayaran BPN 2.0 Fasa Kedua ini, baki jumlah bayaran yang akan dikreditkan ke akaun penerima ialah:

KATEGORI JUMLAH FASA 1 FASA 2
ISI RUMAH B40 RM1,000 RM700 RM300
BUJANG B40 RM500 RM350 RM150
ISI RUMAH M40 RM600 RM400 RM200
BUJANG M40 RM300 RM200 RM100

Jumlah bayaran yang diterima ialah:

BPN 2.0: Bayaran Fasa Kedua Bermula Januari 2021, Semak Bayaran Secara Online

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS KELULUSAN BPN 2.0 FASA KEDUA

Untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat bayaran BPN Fasa Kedua, sila ikuti. langkah-langkah yang dikongsikan ini:

  • Klik pautan berikut: BPN HASIL
  • Masukkan nombor kad pengenalan yang didaftarkan dan klik icon search disebelah.
  • Masukkan kod CAPTCHA dan klik SEMAK.
  • Status kelulusan akan dipaparkan sama ada anda lulus atau gagal.

Juga buat semakan kelayakan mengikut kategori isi rumah / bujang bagi BPR 2021 disini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai BPN 2.0, anda boleh layari Laman Web Rasmi LHDNM seperti pautan di bawah ataupun hubungi talian hotline seperti berikut :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...