Preview
Portal Kini.
Pendidikan

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan PISMP IPG 2018

Berikut adalah kalendar aktiviti bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2018. Ia mengandungi tarikh-tarikh penting berkaitan permohonan mengikuti PISMP di Institut Pendidikan Guru (IPG), seperti tarikh permohonan dibuka dan ditutup, tarikh semakan UKCG, tarikh panggilan temuduga dan juga tarikh...

Berikut adalah kalendar aktiviti bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2018. Ia mengandungi tarikh-tarikh penting berkaitan permohonan mengikuti PISMP di Institut Pendidikan Guru (IPG), seperti tarikh permohonan dibuka dan ditutup, tarikh semakan UKCG, tarikh panggilan temuduga dan juga tarikh semakan tawaran.

Kepada calon-calon yang ingin atau telah mengemukakan permohonan PISMP IPG, anda dinasihatkan supaya peka dengan tarikh-tarikh ini supaya dapat bertindak seperti sepatutnya dalam julat masa yang ditetapkan. Kalendar ini tertakluk kepada perubahan semasa.

Kalendar Aktiviti Permohonan PISMP IPG 2018

BIL

AKTIVITI

TARIKH

1 Permohonan PISMP IPG 2018 secara online dibuka 13 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
2 Semak nama calon berjaya untuk menduduki UKCG Akan Dikemaskini
3 Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)  –
4 Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara dalam talian

  • Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri di laman sesawang KPM
  –
5 Temu Duga (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akademik / Kokurikulum)   –
6 Semakan tawaran calon berjaya.

  • Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM.
  • Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri
  –
7 Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru

  • (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran)
  –

Calon dinasihatkan supaya menyemak status permohonan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang KPM di alamat www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan IPG.

Semoga maklumat tarikh-tarikh penting permohonan PISMP ambilan 2018 ini bermanfaat buat semua pembaca, khususnya adik-adik yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru. Pastikan anda tidak terlepas tarikh-tarikh penting ini.

— Akhir —
Topik Berkaitan #Pendidikan
BACAAN SETERUSNYA

Permohonan BR1M Anda Tak Lulus Disebabkan Oleh Status Perkahwinan Perlu Pengesahan ~ Ini Cara Untuk Anda Buat Rayuan

Baca Artikel Seterusnya
Komunikasi Langsung

Terima
Bacaan
Pilihan.

> Masukkan alamat emel anda.

> Kami hantar bacaan pilihan secara berkala.

> Ringkas, terpilih dan mudah dibaca.

>
/// Mesej Pantas ///