Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

10 Resepi Telur Untuk Berbuka Dan Bersahur. Ringkas Tetapi Sedap.

2,169

Menu Telur Sedap

Isi Kandungan

Menu berasaskan telurlah paling mudah untuk disediakan. Bukan setakat sedap, tetapi menu telur juga menjadi penyelamat sekiranya anda mahu berjimat.

Malah, ia juga menjadi penyelamat jika anda kesuntukan masa untuk memasak juadah berbuka dan bersahur.

Berikut beberapa resepi masakan berasaskan telur buat anda.

10 Resepi Telur

1. Pajeri Telur

Bahan-bahan :

  • 4 biji telur (Direbus)
  • ½ inci halia (Dihiris)
  • 5 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 sudu makan rempah kari ikan (Dibancuh dengan air)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan gula
  • 4 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara  penyediaan :

  • Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan yang dihiris iaitu
    kulit kayu manis, dan rempah kari sehingga pecah minyak.
  • Masukkan santan, telur, kerisik, gula dan garam.
  • Masakkan sehingga mendidih dan pekat.
  • Sedia dihidangkan.

pajeri telur

2. Telur Masak Kicap

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur ayam (goreng mata kerbau)
  • 1 sudu sos cili
  • Kicap manis
  • 1/2 biji bawang besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 2 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • Sedikit air

Cara penyediaan :

  • Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili api.
  • Masukkan kicap manis, sos cili, sos tiram dan air. Biarkan seketika.
  • Setelah kuah mendidih dan agak pekat, tuangkan kuah ke dalam pinggan berisi telur.

telurmasakkicap

3. Telur Dadar Udang

Bahan-bahan :

  • 5 biji telur
  • 200 g udang (Dibuang kulit)
  • 2 biji cili merah (Dicencang)
  • 1 ulas bawang putih (Dicencang)
  • 1 labu bawang besar (Dipotong dadu)
  • 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan :

  • Masukkan udang dan telur ke dalam mangkuk adunan.
  • Masukkan cili merah, bawang putih, bawang besar, daun bawang, dan garam. Gaul sehingga rata.
  • Panaskan minyak di dalam kuali non-stick dan masukkan adunan telur.
  • Masakkan sehingga adunan telur nampak keras.
  • Terbalikkan perlahan-lahan dan biarkan sehingga garing.
  • Sedia dihidangkan.

telurdadarudang

4. Telur Dadar Rangup

Bahan-bahan :

  • 2 biji telur
  • Tepung jagung 1 sudu teh
  • Daun sup dan daun bawang hiris
  • Bawang merah (potong dadu)
  • Bawang putih hiris (kisar)
  • Cili merah hiris
  • Serbuk perasa ayam
  • Garam

Cara penyediaan :

  • Campur kesemua bahan dan kacau sampai berbuih.
  • Panaskan minyak (banyak) dalam kuali hingga berasap. Masukkan 1 senduk telur kemudian goreng hingga garing.
  • Tip lebih rangup: Jika dua biji telur, goreng 2 kali supaya lagi rangup.

telur dadar rangup

5. Kerabu Telur Masin

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur masin
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 2 batang serai (Dihiris)
  • 1 pokok daun ketumbar (Dihiris)
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 2 sudu makan udang kering
  • 3 biji cili api (Udang kering dan cili api ditumbuk kasar bersama)
  • 3 biji limau kesturi (Diambil perahannya)

Cara penyediaan :

  • Rebus telur masin dan keluarkannya menggunakan sudu.
  • Hiris telur masin kasar-kasar.
  • Masukkan semua bahan kecuali limau kesturi ke dalam mangkuk dan gaulkan perlahan-lahan supaya sebati.
  • Tuangkan perahan limau kesturi.
  • Sedia dihidangkan.

kerabu telur masin

6. Telur Goreng Cili

Bahan-bahan :

  • 4 biji telur
  • Segenggam ikan bilis
  • 20 biji cili api
  • 2 biji lada merah besar
  • Sebiji bawang besar
  • Sedikit garam, gula n perasa
  • 1 senduk minyak masak

Cara penyediaan :

  • Goreng telur sebiji-sebiji (telur mata kerbau).
  • Goreng ikan bilis sampai garing, kemudian masukkan bawang besar yang dihiris halus. Bila bawang sudah kekuningan, masukkan cili dan lada yang sudah ditumbuk lumat.
  • Setelah bahan agak masak, perasakan dengan sikit garam dan gula.
  • Masukkan telur dan kacau sekejap sebelum api ditutup.

telurcilipadi

7. Kerutuk Telur

Bahan-bahan :

  • 5 biji telur rebus (Dibuang kulit)
  • 15 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
    (Semua cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai dikisar bersama)
  • 2 sudu makan rempah kerutuk
  • 1 sudu makan jus asam jawa
  • 2 cawan santan
  • 1 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan minyak
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  • Panaskan minyak dan gorengkan telur. Kemudian ketepikan.
  • Tumiskan bahan yang dikisar dan rempah kerutuk sehingga naik bau.
  • Masukkan bancuhan jus asam jawa dan kacau rata. Masakkan sehingga pecah minyak.
  • Masukkan santan, kerisik, garam dan telur. Masakkan sehingga pekat.
  • Sedia dihidangkan.

    telur kerutuk

8. Acar Telur Rebus

Bahan-bahan :

  • ½ cawan minyak masak
  • 8 biji telur rebus (dikupas kulit dan kelarkan)
  • 2 sudu makan biji sawi
  • 2 labu bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 inci halia (Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar bersama)
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 4 sudu makan cuka
  • 2 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa
  • ½ batang timun
  • ½ batang lobak merah (dipotong panjang dan kecil)
  • 2 biji cili merah (Dibelah 2)
  • 2 biji cili hijau (Dibelah 2)
  • 1 biji bawang besar (dihiris kasar)

Cara penyediaan :

  • Panaskan minyak masak dan gorengkan telur sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  • Tumiskan biji sawi, bahan yang dikisar, dan cili kisar sehingga pecah minyak.
  • Masukkan cuka, gula, dan garam. Kacau rata sehingga mendidih.
  • Masukkan timun dan lobak merah. Kacau sebati.
  • Masukkan telur, cili merah, cili hijau, dan bawang besar. Gaul sehingga sebati. Hidangkan.

acartelurrebus

9. Sambal Telur

Bahan-bahan :

  • Cili kering, dikisar
  • 4 ulas bawang putih, ditumbuk
  • 3 biji telur
  • Jus asam jawa
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak masak
  • 3 cawan air

Cara penyediaan :

  • Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kering yang telah dikisar ke dalam kuali. Tumis sehingga garing.
  • Masukkan jus asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
  • Biarkan sehingga rasa menjadi rata dan sebati. Kemudian masukkan air.
  • Kemudian, masukkan telur satu per satu. Biarkan seketika sehingga masak.

sambal telur

10. Kari Telur

Bahan-bahan :

  • 6 biji telur, direbus
  • 3 biji kentang, dibelah 6
  • Sepaket kecil Serbuk kari daging, dibancuh bersama sedikit air
  • ½ – 1 cawan Santan
  • ½ sudu kecil campuran halba
  • 2 tangkai daun kari
  • Bahan tumbuk
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia

Cara penyediaan :

  • Panaskan kuali dan masukkan minyak masak lebih kurang secawan untuk menggoreng telur yang telah direbus. Kemudian, ketepikan ia seketika.
  • Untuk menumis pula, panaskan minyak masak secukupnya. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama, daun kari dan campuran halba sehingga naik bau dan kekuningan.
  • Masukkan serbuk kari. Biarkan sehingga pecah minyak. Masukkan kentang supaya ia lebih cepat empuk dan masak.
  • Apabila bahan tumisan tadi dah pecah minyak, masukkan santan dan sedikit air.
  • Letakkan garam secukup rasa.
  • Setelah bahan tersebut telah mendidih, masukkan telur dan ratakan bersama.

karitelur

Banyak juga resepi yang menggunakan telur. Untuk penggemar telur di luar sana yang ingin mencuba variasi rasa dan menu telur ini, resepi-resepi ini mampu membuatkan anda terliur apatah lagi kalau dimakan bersama nasi panas pada waktu berbuka dan ketika bersahur.

Jadi, apa tunggu lagi. Selamat mencuba!

Sumber :

  • says.com
  • rasa.my
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...