Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tak Perlu Pergi Kelantan Kalau Nak Makan Mee Celop Kelantan & Ini Resepinya

674

Walaupun dah boleh rentas negeri, anda boleh sahaja menikmati Mee Celop Kelantan tanpa perlu berada di Kelantan.

Malahan, anda boleh makan berulangkali sekiranya benar-benar teringin untuk merasakan kesedapan Mee Celop Kelantan yang sangat terkenal ini.

Apa pula resepinya? Dapatkan disini dan masa penyediaannya juga tidak sampai 1 jam. Jom dapatkan resepinya disini dan jangan lupa buat tau!

MEE CELOP KELANTAN

Tidak sah sekiranya sampai di Kelantan tetapi tidak menikmati Mee Celop Kelantan yang menjadi igauan peminatnya.

Kalau nak tahu, condiment yang perlu disediakan bersama Mee Celop Kelantan merupakan penyedap bagi makanan ini.

Tak lengkap rasanya kalau tak ada condiment ni.

Apa pula variasi condiment untuk Mee Celop Kelantan? Kalau nak tahu, inilah condimentnya:

  1. Sambal lada
  2. serbuk cili
  3. Taburan daun ketumbar
  4. Crispy garlic oil
  5. Serbuk kacang tanah

Sedapnya!!

Baca juga: Sedapnya Ayam Kerutuk Kelantan! Dah Lama Tak Makan. Ini Resepinya & Boleh Buat Sendiri

RESEPI MEE CELOP KELANTAN

Tak sabar pula nak buat Mee Celop Kelantan. Apa bahan-bahannya? Tengok disini ya!

Bahan-Bahan Sup

  • 5 ulas bawang putih
  • 1-2 biji bawang merah kecil
  • 2 inci halia
  • Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 kumtum bunga lawang, 4 kuntum cengkih, 5 biji buah pelaga)
  • 1 batang serai
  • 1 liter air rebusan daging
  • 1 sup bunjut
  • Akar ketumbar
  • Batang sup
  • 1 kiub pati lembu
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • Sudu kecil serbuk jintan putih
  • Sudu kecil serbuk jintan manis
  • 2-3 sudu besar sos ikan
  • 600g daging rebus
  • Sedikit gula atau nisan
  • Garam secukup rasa
  • Sudu kecil serbuk lada putih
  • 1-2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu besar minyak bawang putih
  • Taburan daun ketumbar

Bahan-Bahan Minyak Bawang Putih Rangup

  • 20-25 biji bawang putih
  • 1 cawan minyak masak

Bahan-Bahan Sambal Lada

  • 4 biji cili merah
  • 4-6 biji cili padi merah
  • Cawan cuka
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit garam

Bahan-Bahan Untuk Hidangan

  • Mee/kueyteow/maggi/bihun
  • Kangkung
  • Taugeh
  • Daun ketumbar
  • Daun sup
  • Lobak masin
  • Bawang goreng
  • Serbuk kacang tanah
  • Serbuk cili
  • Serbuk lada putih
  • Limau nipis
  • Ikan bilis goreng
  • Cili jeruk

CARA PENYEDIAAN

Untuk menyediakan Mee Celop Kelantan, anda boleh ikuti langkah-langkah yang dikongsikan berikut:

Cara-Cara Buat Sup

Untuk penyediaan sup pula, langkah-langkahnya ialah:

  • Mula-mula, tumbuk kasar bawang merah kecil, halia dan bawang putih.
  • Seterusnya rebus daging bersama bawang putih dan bawang merah kecil sehingga daging lembut. Jangan sampai hancur ya!
  • Panaskan minyak dan tumis rempah empat sekawan, bahan tumbuk, minyak bawang putih dan serai sehingga naik bau.
  • Kemudian anda masukkan air rebusan daging, sup bunjut, akar ketumbar, batang sup dan pati lembu.
  • Tambah air secukupnya.
  • Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan serbuk jintan manis serta sos ikan Thai.
  • Rebuskan supa anda lebih kurang dalam 15 hingga 30 minit.
  • Semasa merebus kuah sup, masukkan daging rebus, sedikit gula, sedikit garam, serbuk lada putih, kicap manis dan minyak bawang putih.
  • Sambung rebuskan semua bahan sehingga sup anda  masak.
Nota: Tidak perlu tambah kiub pati lembu jika menggunakan stok rebusan tulang. Juga boleh gunakan rempah sup untuk gantikan rempah serbuk.

Cara Sedia Minyak Bawang Putih

  • Untuk menyediakan minyak bawang putih, cincang dahulu bawang putih secara kasar.
  • Panaskan minyak dan gorengkan bawang putih yang dicincang kasar sehingga menjadi keperangan.
  • Jangan lupa untuk angkat dan tapiskan bawang putih yang telah digoreng.
  • Apabila minyak sudah sejuk, campurkan semula bawang putih dengan minyak tadi.
Nota: Guna api sederhana dan gaul bawang putih dengan kerap untuk elakkan bawang putih daripada hangus.

Cara Sedia Sambal Lada

  • Penyediaan sambal lada sangat mudah kerana anda hanya perlu mengisar cili merah, cili padi merah, gula, cuka dan sedikit garam sahaja.

Apabila semua bahan telah siap, anda hanya perlu:

  • Celurkan mee/bihun/kuetiaw yang telah dibilas dengan air panas. Toskan.
  • Kemudian masukkan taugeh, kangkung yang juga telah dicelur bersama-sama hirisan daging, daun ketumbar, daun sup, serbuk cili, serbuk kacang, lobak masin, bawang goreng, sambal lada, minyak bawang putih rangup dan sedikit hirisan limau nipis.
  • Masukkan sup serta sedikit taburan gula.
  • Dah siap! Selamat menjamu selera!

Baca juga: Sedapnya Ayam Varuval Ni! Semua Orang Suka & Ini Resepinya

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...