Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Resepi Sotong Masak Hitam Ala Mamak. Sekejap Je, 15 Minit Dah Siap

1,670

Rindu nak makan nasi kandar yang sedap lauk pauknya?

Kalau rasa nak makan lauk Sotong Masak Hitam Ala Mamak yang sama resepinya dengan nasi kandar Penang tu, anda bolehlah cuba resepi yang dikongsikan ini.

Dapatkan resepi Sotong Masak Hitam Ala Mamak disini dan boleh terus cuba kerana anda dah boleh makan selepas 15 minit. Cepat, kan?

JENIS-JENIS SOTONG DI MALAYSIA

Tahu tak anda bahawa terdapat 5 jenis spesis sotong yang paling popular di peraiaran negara Malaysia?

Apakah 5 spesis sotong tersebut? Jom tengok disini.

1. Sotong Torak

  • Ia banyak ditemui di kawasan Pantai Timur Semenanjung dan menjadi buruan utama kaki pancing ketika musim mencandat.
  • Mmepunyai badan dan sesungut yang panjang dan boleh membesar sehingga saiz melebihi panjang satu hasta orang dewasa.

2. Sotong Cumi

  • Ia juga dipanggil sebagai sotong jarum dan hampir menyerupai sotong torak. Cuma bentuk badannya lebih memanjang dan lebih kecil dari sotong torak.
  • Warna merah pada kulit di badan sotong jarum juga lebih jelas dan ia bergerak dikalangan sotong torak.

3. Sotong Kurita

  • Sangat senang untuk dikenali kerana rupa dan bentuknya sangat berbeza berbanding sotong-sotong ynaglai.
  • Habitat kurita adalah dikawasan berlumpur.

4. Sotong Mengabang

  • Sotong ini mempunyai bentuk badan yang agak pendek dan lebar.
  • Boleh ditemui di kawasan pantai, pantai berbatu dan sekitar pulau yang mempunyai struktur batu karang.

5. Sotong Katak

  • Sotong katak mempunyai bentuk yang hampir sama dengan sotong mengabang iaitu pendek dan lebaar.
  • Sesungut atau jejari soton gini lebih pendek dan mempunyai warna yang lebih jelas.

RESEPI SOTONG MASAK HITAM ALA MAMAK

Lauk Sotong Masak Hitam Ala Mamak ini sangat sesuai dimakan bersama:

  1. Nasi kandar
  2. Nasi minyak
  3. Nasi tomato
  4. Nasi berempah
  5. Nasi putih

Resepi dah ada, tunggu apa lagi? Cepatlah siapkan masakan anda hari ini!

Baca juga: Sedapnya Ayam Varuval Ni! Semua Orang Suka & Ini Resepinya

BAHAN-BAHAN

Untuk membuat masakan Sotong Masak Hitam Ala Mamak, yang penting mestilah bahan-bahannya, kan?

Apakah bahan-bahan yang diperlukan dalam masakan ini?

Bahan-bahan utama

  • 1/2 kg sotong
  • 1 batang serai, ketuk
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 helai daun pandan, potong pendek
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 2 biji tomato, hiris nipis
  • Kicap manis secukupnya
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 biji bawang besar, blend kasar
  • Garam dan gula

Bahan-bahan rempah tumis

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang

Bahan-bahan tumbuk/kisar halus

  • 6 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 ketul kunyit hidup, jika suka

CARA PENYEDIAAN

Seterusnya adalah penyediaan untuk memasak Sotong Masak Hitam Ala Mamak, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  • Sotong yang dibeli jangan lupa dibersihkan. Buang tulang sotong, gigi dan mata sotong. Toskan dan ingat, jangan dipotong kerana ia akan dimasak seekor-seekor. Kalau nak cantik, anda boleh kelar badan sotong tetapi jangan sampai terputus ya!
  • Ketepikan seketika sotong yang telah dibersihkan.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tadi seperti serai,daunpandan, daun kari dan bahan-bahan rempah tumis. Jaga api jangan sampai hangit pula.
  • Masukkan bahan-bahan kisar halus dan kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan masakkan ia seketika agar tidak mentah.
  • Kemudian masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan sotong.
  • Bila bahan-bahan tadi sudah masak, masukkan kicap secukupya. Jangan terlebih pula.
  • Akhir sekali masukkan bawang besar yang dikisar kasar bersama sos tiram. Masakkan bahan-bahan ini sehingga kuah menjadi pekat.
  • Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa anda.
  • Akhir sekali masukkan sotong dan kacau sedikit sehingga masak.
  • Jangan terlalu lama kerana ia menjadikan tekstur sotong menjadi liat.
  • Angkat ke dalam mangkuk dan hiaskan.
  • Sedia untuk dimakan!

Senang betul resepi kali ini dan tempoh nak masak pun sekejap je! Bolehlah hilangkan rindu dengan masakan mamak kalau macam ni.

Resepi Sotong Masak Hitam Ala Mamak. Sekejap Je, 15 Minit Dah Siap

Baca juga: Selain Kari, Ikan Jenahak Juga Sedap Dibakar Dengan Sambal Kelapa. Ini Resepinya

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...