Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Selain Kari, Ikan Jenahak Juga Sedap Dibakar Dengan Sambal Kelapa. Ini Resepinya

1,208

Ikan jenahak sangat sedap jika dimasak kari sehingga ada yang terlupa ikan jenahak juga sedap dimask dengan masakan yang lain.

Anda juga boleh membuat masakan menggunakan ikan jenahak dengan masakan yang sihat iaitu Ikan Jenahak Bakar Sambal Kelapa.

Nak resepi Ikan Jenahak Bakar Sambal Kelapa? Teruskan bacaan anda dan dapatkan resepinya disini. Dah dapat resepi tu, jangan lupa buat tau!

JOM KENALI IKAN JENAHAK

Ikan Jenahak ini juga dikenali sebagai John’s Snapper. Malah ia juga dikenali sebagai Golden Snapper disesetengah tempat.

Untuk pengetahuan anda juga, sisik ikan jenahak biasanya berwarna kuning perak hingga keemasan bergantung kepada persekitaran.

Nak tengok bagaimanakah rupanya ikan jenahak ni? Rujuk gambar dibawah.

Selain Kari, Ikan Jenahak Juga Sedap Dibakar Dengan Sambal Kelapa. Ini Resepinya

RESEPI IKAN JENAHAK BAKAR SAMBAL KELAPA

Sebelum nak buat Ikan Jenahak Bakar Sambal Kelapa, sediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti berikut:

Bahan-bahan utama

  • 1 ekor ikan jenahak, boleh juga di gantikan dengan ikan lain seperti siakap atau ikan merah
  • Serbuk kunyit dan garam
  • Daun pisang yang digunakan ketika memanggang

Bahan-bahan sambal kelapa

  • 3-4 sudu besar kelapa parut
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 batang serai, hiris nipis
  • 3 ulas bawang merah, hiris nipis
  • 1 cm halia yang di hiris nipis
  • 3 tangkai cili kering, direbus
  • garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

Sediakan dahulu sambal kelapa.

Cara penyediaan sambal kelapa pula:

  • Tumbuk kunyit, serai dan halia menggunakan lesung batu. (Bau lebih wangi dan rasa lebih sedap)
  • Kemudian tumbuk cili kering dan bawang merah sehingga lumat.
  • Akhir sekali masukkan kelapa parut, sedikit garam dan gula secukup rasa.
  • Tumbuk sedikit agar garam dan gula serap masuk ke dalam bahan-bahan tadi.

Cara untuk menyediakan Ikan Jenahak Bakar Sambal Kelapa pula seperti berikut:

  • Siangkan ikan anda dan jangan buang sisik ikan.
  • Pastikan ikan jenahak dibelah belakang sahaja dan keluarkan perut ikan tersebut.
  • Bersihkan ikan anda.
  • Kemudian sapukan ikan dengan garam dan kunyit sahaja.
  • Biarkan seketika agar garam dan kunyit serap masuk ke dalam isi ikan.
  • Kemudian ambil sambal yang telah ditumbuk tadi dan sumbat dibahagian belakang ikan.
  • Ambil daun pisang dan balut bahagian tengah ikan dengan daun pisang dan bakar.
Nota: Elakkan daripada menggunakan api yang terlalu kuat. Ia menyebabkan ikan terlebih masak dan bahagian ikan yang lain rentung. Untuk mengekalkan kelembapan, masak ikan dengan api yang sederhana.

Selain Kari, Ikan Jenahak Juga Sedap Dibakar Dengan Sambal Kelapa. Ini Resepinya

Baca juga: Sedapnya Ayam Varuval Ni! Semua Orang Suka & Ini Resepinya

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...