Cara Mohon Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan Zakat Pulau Pinang
Permohonan / Ringkasan Artikel

Cara Mohon Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan Zakat Pulau Pinang

Kebanyakan para usahawan dan peniaga sudah mula bangkit daripada masalah perniagaan masing-masing selepas melalui hari-hari yang penuh ranjau semenjak pandemik Covid-19. Ini kerana pihak...

Status: Aktif Bacaan: 2 min baca Fokus: Permohonan Update: 7 Oct
Intipati 01 Kebanyakan para usahawan dan peniaga sudah mula bangkit daripada masalah perniagaan masing-masing selepas melalui hari-hari yang.
Intipati 02 Ini kerana pihak kerajaan dan pelbagai pihak yang lain sedaya upaya memberi bantuan kepada para usahawan.
Intipati 03 Zakat Pulau Pinang juga membuka permohonan dana kepada usahawan mikro dan kecil bumiputera yang terjejas akibat.

Kebanyakan para usahawan dan peniaga sudah mula bangkit daripada masalah perniagaan masing-masing selepas melalui hari-hari yang penuh ranjau semenjak pandemik Covid-19.

Ini kerana pihak kerajaan dan pelbagai pihak yang lain sedaya upaya memberi bantuan kepada para usahawan dan peniaga untuk terus bangkit dan berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Zakat Pulau Pinang juga membuka permohonan dana kepada usahawan mikro dan kecil bumiputera yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Jika anda berminat untuk membuat permohonan, dapatkan info selanjutnya disini.

ILTIZAM PROGRAM MENTOR USAHAWAN (EMP) IHSAN, ZAKAT PULAU PINANG

Apa itu Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan Zakat Pulau Pinang?

Jika anda nak tahu, Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan adalah kerjasama Zakat Pulau Pinang dengan EKUITI Nasional Bhd (Ekuinas).

Ia bertujuan:

  • Untuk membantu usahawan mikro dan kecil bumiputera yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Baca juga: Cara Mohon Program Train & Place. Dapatkan Sijil Industri Sektor Perladangan & Penempatan Dengan Gaji RM1200, Daftar Disini

TARIKH PERMOHONAN

Anda boleh membuat permohonan Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan bermula:

  • 6 Oktober 2021 hingga 13 Oktober 2021

TUJUAN UTAMA DANA EMP IHSAN

Antara tujuan penggunaan Dana EMP Ihsan adalah untuk:

  1. Keperluan modal perniagaan
  2. Modal perniagaan baru (Setelah kegagalan perniagaan asal akibat impak Covid-19)
  3. Bantuan perbelanjaan operasi

SYARAT PERMOHONAN

Apakah pula syarat permohonan untuk Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan?

Semak disini:

  • Perniagaan mestilah dimiliki oleh Bumiputera sepenuhnya (100%).
  • Perniagaan adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau mana-mana pihak berkuasa di lokaliti perniagaan pemohon.
  • Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa
  • Pemohon adalah usahawan asnaf/bekas asnaf/golongan B40 yang terjejas dan kehilangan pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Permohonan adalah terbuka kepada semua jenis perniagaan dan perkhidmatan dari semua sektor ekonomi yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

CARA MOHON

Jika berminat anda boleh buat permohonan secara online dipautan berikut:

Cara Mohon Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan Zakat Pulau Pinang

  • Klik Log Masuk dan klik bahagian Daftar Akaun Anda.
  • Lengkapkan borang permohonan anda dan klik Hantar.
  • Kemudian log masuk semula dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Klik menu Bantuan Zakat dan klik Mohon Bantuan seterusnya pilih Bantuan Perniagaan iaitu Program Ekuinas.
  • Isi maklumat yang diperlukan dengan lebih lengkap dan hantar permohonan anda.

Cara Mohon Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan Zakat Pulau Pinang

Baca juga: [Bantuan Rawatan Asnaf] Rawatan Percuma Golongan B40 Di 2 Fasiliti Milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Dana EMP Ihsan, sila hubungi Bahagian Keusahawanan Asnaf Zakat Pulau Pinang di talian berikut:

  • 011-2872 4588

Teruskan membaca

Lihat artikel berkaitan dan semakan aktif supaya anda tidak terlepas maklumat penting dalam topik ini.

Buka Kategori