Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[Bantuan Rawatan Asnaf] Rawatan Percuma Golongan B40 Di 2 Fasiliti Milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

132

Golongan B40 sentiasa menjadi tumpuan oleh pihak Kerajaan dan pihak tempatan yang lain untuk menerima pelbagai sumbangan.

Terkini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyediakan Bantuan Rawatan Asnaf iaitu rawatan percuma kepada golongan B40 terutamanya asnaf.

Golongan B40 terutamanya asnaf ini boleh mendapatkan rawatan secara percuma di dua fasiliti milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) seperti yang akan dinyatakan pada artikel ini.

INFO RINGKAS BANTUAN RAWATAN ASNAF, RAWATAN PERCUMA GOLONGAN B40/ASNAF MAIWP

Untuk menjadikan bantuan ini sebagai satu kenyataan, sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan dan dibahagi kepada 2 fasiliti yang terlibat.

Ia akan dimanfaatkan oleh 27,000 asnaf yang berada di bawah tanggungan MAIWP.

Baca juga: Cara Mohon Kursus Intensif Perkembangan Awal Kanak-Kanak Siri 3 Tahun 2021 YAWAS

GOLONGAN SASARAN

Rawatan percuma ini adalah disasarkan kepada:

  • Golongan B40
  • Asnaf berdaftar di bawah MAIWP

Malah ia juga termasuk dalam tanggungan seperti berikut:

  • Berumur 18 tahun ke bawah dan masih belajar
  • Orang kurang upaya (OKU)
  • Warga emas

KADAR HAD RAWATAN

Namun kadar rawatan yang diberikan menerusi Bantuan Rawatan Asnaf pula adalah seperti berikut:

  • RM300 setiap seorang

2 FASILITI KESIHATAN MAIWP

Terdapat 2 fasiliti kesihatan milik MAIWP yang boleh golongan B40 terutamanya asnaf dapatkan rawatan percuma ialah:

  • Hospital PUSRAWI
  • MAIWP Healthcare

Rawatan Percuma Golongan B40 Di 2 Fasiliti Milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

PENYAMBUNGAN AUTOMATIK BANTUAN LAIN MAIWP

Selain itu, penerima bagi bantuan berikut:

  • Bantuan Kewangan Bulanan
  • Bantuan Sewa Rumah Bulanan
  • Bantuan Perubatan Am

Dan yang akan tamat bantuan pada bulan Oktober hingga Disember 2021 akan diberi penyambungan secara automatik sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Jadi, anda tidak perlu hadir ke mana-mana kaunter Baitulmal MAIWP untuk penyambungan bantuan MAIWP.

Baca juga: Cara Mohon Program Train & Place. Dapatkan Sijil Industri Sektor Perladangan & Penempatan Dengan Gaji RM1200, Daftar Disini

[Bantuan Rawatan Asnaf] Rawatan Percuma Golongan B40 Di 2 Fasiliti Milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...