Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Kursus Intensif Perkembangan Awal Kanak-Kanak Siri 3 Tahun 2021 YAWAS

689

Bagi kaum wanita yang merupakan pengasuh di rumah dan berkelayakan untuk mengikuti Kursus Intensif Perkembangan Awal Kanak-Kanak Siri 3 bagi tahun 2021.

Anda juga dipelawa untuk membuat permohonan secara online pada pautan yang akan dikongsikan disini.

Juga, dapatkan syarat-syarat permohonan disini dan buat permohonan anda dengan segera.

TARIKH PERMOHONAN

Bagi anda yang berminat, sila buat permohonan secara online bermula tarikh berikut:

  • 1 Oktober 2021 hingga 24 Oktober 2021
Nota: Buat permohonan dengan segera kerana terhad kepada 30 orang peserta sahaja.

TARIKH KURSUS

Kursus Intensif Perkembangan Awal Kanak-Kanak Siri 3 bagi tahun 2021 ini akan diadakan selama 3 hari berturut-turut mulai tarikh berikut:

  • 29 Oktober 2021 hingga 31 Oktober 2021

Masa kursus adalah seperti berikut:

  • Jumaat: 3.00 petang hingga 6.00 petang
  • Sabtu: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
  • Ahad: 9.00 pagi hingga 4.30 petang

SYARAT PERMOHONAN

Pastikan anda membaca syarat permohonan yang ditetapkan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
  • Sedang menetap di Selangor
  • Sedang menjalankan atau mempunyai keinginan yang serius untuk menjalankan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak di rumah
  • Tidak pernah menghadiri sebarang kursus pengasuhan yang dikendalikan oleh JKM atau mana-mana agensi awam mahupun swasta
  • Merupakan pengundi di Negeri Selangor
  • Tempat pengasuhan adalah tertakluk di dalam kawasan Negeri Selangor sahaja.
  • Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang bersetuju dengan semua syarat yang dinyatakan di atas sahaja
Nota: Pemohon juga perlu bersetuju maklumat peribadi mereka seperti nama, nombor telefon dan tempat pengasuhan/ bakal tempat mengasuh dipaparkan di dalam laman sesawang i-Asuh.

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online dipautan berikut:

  • https://e-kipk.yawas.my/permohonan/
  • Masukkan nombor telefon anda dan klik ikon search
  • Seterusnya lengkapkan permohonan anda
  • Akhir sekali klik Daftar untuk mengesahkan pendaftaran anda.

Cara Mohon Kursus Intensif Perkembangan Awal Kanak-Kanak Siri 3 Tahun 2021 YAWAS

Baca juga: Orang Selangor! Ini 4 Cara Mudah Akses Sijil Vaksinasi SELANGKAH Jika Daftar Vaksin Tanpa MySejahtera

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Kursus Intensif Perkembangan Awal Kanak-Kanak Siri 3 bagi tahun 2021 sila ajukan secara emel di alamat emel berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...