Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Orang Selangor! Ini 4 Cara Mudah Akses Sijil Vaksinasi SELANGKAH Jika Daftar Vaksin Tanpa MySejahtera

1,496

Terdahulu, Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin telah mengumumkan kebenaran penggunaan sijil vaksinasi Selangkah bagi penerima di bawah program Vaksinasi Selangor (SelVax).

Jadi, penerima vaksin SelVax tidak perlu merasa bimbang sekiranya diminta untuk menunjukkan sijil digital vaksinasi pada MySejahtera seperti mana warga Malaysia yang lain.

Bagi anda yang tidak tahu cara untuk mengakses Sijil Vaksinasi Selangkah, boleh dapatkan 2 langkah mudah untuk akses sijil vaksinasi anda seperti yang akan ditunjukkan disini sahaja.

KEBENARAN SIJIL VAKSINASI SELANGKAH SELANGOR

Pada 9 September 2021 yang lalu, YB Khairy Jamaluddin telah membenarkan penggunaan sijil vaksinasi SELangkah bagi penerima vaksin di bawah Program Vaksinasi Selangor (SelVax).

“Keputusan itu dilihat suatu bentuk pengiktirafan terhadap inisiatif yang dilaksanakan Selangor bagi melengkapi usaha Kerajaan Persekutuan memerangi Covid-19”

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr. Siti Mariah Mahmud

Oleh itu:

  • Rakyat Selangor yang belum menerima sijil vaksinasi digital MySejahtera kini boleh menggunakan sijil vaksinasi dalam aplikasi Selangkah.
  • Sijil itu boleh digunakan sebagai dokumen pengesahan bagi keperluan aktiviti harian mereka.

Baca juga: Permohonan Subsidi Internet Kerajaan Selangor (SISM40) Dibuka Mulai 1 Julai Ini. Mohon Secara Online & Ini Caranya

TUJUAN KEBENARAN SIJIL VAKSINASI SELANGKAH SELANGOR

Mengapa sijil vaksinasi Selangkah dibenarkan?

Ia adalah kerana:

  • Susulan aduan dikemukakan sebahagian penerima yang masih belum memperoleh sijil vaksin digital di aplikasi MySejahtera.

Namun terdapat masalah lain yang berkaitan dengan aplikasi MySejahtera dimana terdapat mereka yang telah lengkap vaksin masih lagi tidak mempunyai sijil digital dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil keputusan dengan:

  • Membenarkan orang ramai menggunakan kad fizikal dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) buat sementara waktu sebagai bukti penerimaan vaksin. 

4 LANGKAH AKSES SIJIL VAKSINASI SELANGKAH

Hanya 2 langkah yang diperlukan untuk mengakses Sijil Vaksinasi Selangkah seperti berikut:

  • Pada aplikasi Selangkah, klik pada ikon cap jari untuk akses Selangkah ID

Orang Selangor! Ini 2 Cara Mudah Akses Sijil Vaksinasi SELANGKAH Jika Daftar Vaksin Tanpa MySejahtera

  • Seret ke kiri untuk melihat Sijil Vaksin Digital

Orang Selangor! Ini 2 Cara Mudah Akses Sijil Vaksinasi SELANGKAH Jika Daftar Vaksin Tanpa MySejahtera

  • Tekan butang TOGGLE untuk paparkan sijil

Orang Selangor! Ini 2 Cara Mudah Akses Sijil Vaksinasi SELANGKAH Jika Daftar Vaksin Tanpa MySejahtera

  • Sijil Vaksin Digital anda akan dipaparkan

Orang Selangor! Ini 2 Cara Mudah Akses Sijil Vaksinasi SELANGKAH Jika Daftar Vaksin Tanpa MySejahtera

Mudahkan? Jadi selepas ini, orang Selangor yang ambil vaksin SelVax boleh ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini dan tunjukkan Sijil Vaksinasi Selangkah sahaja untuk aktiviti seharian anda.

Baca juga: 3 Jawatan Kosong Di Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Semak Kelayakan & Cara Mohon Disini

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...