Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

PTD Ini Kongsikan Tips Untuk Berjaya Dalam Temuduga. Aplikasikan Kalau Nak Lulus Ya!

1,455

Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) adalah antara jawatan yang popular dikalangan graduan universiti.

Oleh kerana itu, pemilihannya agak rumit sedikit dengan pelbagai proses yang perlu dilalui oleh calon PTD seperti Peperiksaan PTD M41 PTD, PTD Assessment Centre (PAC) dan Temuduga Oleh Panel Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Bagi calon yang berjaya ke proses temuduga, pastinya masing-masing ingin lulus dalam temuduga dan berharap untuk berjaya menjawat jawatan yang diidamkan. Apa kata dapatkan tips yang dikongsikan oleh PTD ini bagaimana beliau telah lulus dalam temuduga pemilihan sebelum ini.

APA ITU PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD)?

Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan:

  • Perkhidmatan utama yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasr negara.
  • Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, syarikat milik kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan badan-badan antarabangsa.

TIPS BERJAYA TEMUDUGA PTD M41

Seperti yang dinyatakan tadi, salah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) berkongsikan tips bagaimana untuk berjaya dalam temuduga.

Apakah tips-tips tersebut yang boleh diamalkan oleh setiap calon temuduga PTD M41? Semak disini ya!

1. Buat Kajian/Bacaan

  • Perkara ini sangat penting untuk dilakukan oleh setiap calon iaitu membuat kajian atau bacaan mengenai jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).
  • Ambil tahu apakah itu PTD, penempatan, tangga gaji dan deskripsi tugas sebagai PTD.

2. Mentor

  • Dapatkan mentor yang bekerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang anda kenal. Jika tidak tahu, minta tolong rakan atau saudara mara anda yang tahu atau kenal mana-mana PTD yang boleh menjadi mentor anda.
  • Dapatkan maklumat seberapa boleh tentang skop tugas, penempatan dan bidang tugasan PTD ditempatkan.
  • Jadi, dengan mudah anda mendapat gambaran sebenar tugas seorang PTD dari mentor anda.

3. Pakaian 

  • Gunakan pakaian yang terbaik ketika temuduga anda. Pastikan pakaian anda bersih, kemas dan tidak lusuh.
  • Ingat, first impression daripada penemuduga sangat penting tidak kira temuduga anda adalah secara bersemuka atau secara online.
  • Pakai pakaian dengan lengkap dan jangan lupa untuk seterika pakaian anda.

4. Susunan Fail/Dokumen

  • Pastikan anda menggunakan fail yang baru dan tidak rosak.
  • Susun semua dokumen yang diperlukan mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh SPA.
  • Ini kerana panel akan memberikan penilaian anda berdasarkan susunan sijil pada fail anda.
  • Anda boleh sediakan 2 folder fail. Folder pertama, anda boleh letakkan sijil kelayakan anda manakala folder kedua anda letakkan pencapaian anda dengan meletakkan gambar yang menarik. Dan ini adalah WOW FACTOR yang ada pada anda dan menarik perhatian panel temuduga.
  • Selain itu, anda boleh siapkan satu video pendek mengenai pencapaian anda yang pernah anda capai sepanjang masa tersebut.
  • Secara tidak langsung, soalan yang diberikan penemuduga adalah berdasarkan pencapaian anda. Jadi jawab soalan dan kaitkan ia dengan jawatan PTD yang anda mohon seperti menjadi lebih berdisiplin dan menonjolkan sifat kepimpinan dalam diri.

5. Yakin

  • Keyakinan dalam diri sangat penting. Yang penting, berlaku jujur dan jangan menipu.
  • Jika tidak pasti untuk menjawab soalan, berikan jawapan yang jujur seperti berikut, “Maaf Tuan, saya kurang arif dengan soalan yang dikemukakan oleh pihak tuan. Tetapi saya berjanji, apabila saya keluar dari sini, saya akan mendapatkan jawapan daripada soalan Tuan. Secara tidak langsung, ia membantu saya untuk meningkatkan pengetahuan saya mengenai persoalan yang diajukan oleh Tuan tadi. Mana tahu, sekiranya saya diterima untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam, saya boleh aplikasikan dalam bidang tugas saya nanti.”
  • Yang penting, jangan jawab tak tahu ya semasa temuduga anda.

6. Baca & Kaji Isu Semasa

  • Untuk bahagian isu semasa, fokuskan kepada isu semasa yang terkini seperti isu Covid-19 dan isu semasa yang berlaku secara global.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik tanpa mengira apa jua jawatan yang anda pohon.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...