Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Temuduga SPA : Rujuk Cara Susun Dokumen Dan Cara-Cara Lengkapkan MyResume

18,838

TEMUDUGA SPA : RUJUK CARA SUSUN DOKUMEN DAN CARA-CARA LENGKAPKAN MYRESUME

Tahukah anda bahawa terdapat panduan untuk anda hadir temuduga jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan panduan ini anda perlu patuhi tanpa gagal.

Walaupun perkara ini kelihatan mudah dan ringkas, tetapi jika anda tidak mengikut arahan yang diberikan, kemungkinan penemuduga akan memberikan markah yang rendah buat anda akibat kelalaian sendiri.

CARA SUSUNAN SIJIL KETIKA TEMUDUGA

Pastikan anda membawa bersama dokumen ASAL semasa temuduga dan membuat susunan seperti berikut :

  • MyKad/ Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran/ Surat Beranak.
  • Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan kewarganegaraan ibu/ bapa (jika berkenaan).
  • SPM/ SPMV/ SVM atau setaraf.
  • STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan; skrol dan transkrip bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah. Calon adalah dikehendaki untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain (jika berkenaan).
  • Surat Pengesahan Senat/ Jawatankuasa berkaitan dan juga mini transkrip akademik (jika berkenaan) bagi calon yang belum memperolehi skrol Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah.
  • Skrol dan transkrip akademik untuk Ijazah Sarjana Muda bagi calon yang memiliki kelayakan Sarjana/ Doktor Falsafah.
  • Slip keputusan peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan bagi pegawai Peningkatan Secara Lantikan.
  • Surat tawaran biasiswa bagi pemegang biasiswa JPA (jika berkenaan).
  • Sijil Pendaftaran Orang Kurang Upaya/ surat pengesahan berdaftar dengan eKasih (jika berkenaan).
  • Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas (jika berkenaan).
  • Sijil kegiatan luar.
  • Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Surat Perakuan Ketua Jabatan (di pautan http://www.spa.gov.my/spa/panduan/kelayakan/pegawai-sedang-berkhidmat-psl), LNPT terkini, Perisytiharan Harta dan Penyata Gaji akhir untuk pegawai lantikan tetap dalam perkhidmatan awam/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun.
  • Salinan Pengakuan Perkhidmatan Anggota (BAT D 92B) dan Kenyataan Perkhidmatan (BAT.D.132/KEW 14) yang disahkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2011 (bagi calon Bekas Tentera Malaysia sahaja).

CARA MELENGKAPKAN MYRESUME

Anda juga perlu melengkapkan resume dengan mengikuti langkah-langkah berikut :

  • Untuk melengkapkan resume, anda perlu klik di pautan myResume.
  • Muat naik gambar, Mykad, Sijil Kelahiran, Sijil Berhenti Sekolah Menengah, sijil SPM/ SPMV/ SVM dan STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan dan skrol dan transkrip bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah serta status pengiktirafan kelayakan akademik sebelum menghadiri temu duga pada tarikh yang telah ditetapkan.
  • Seterusnya cetak senarai semak temu duga daripada sistem MyResume.

Temuduga SPA : Rujuk Cara Susun Dokumen Dan Cara-Cara Lengkapkan MyResume

  • Buat semakan pengiktirafan kelayakan akademik iaitu Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah (jika berkenaan) untuk lantikan ke perkhidmatan awam di laman sesawang MQA.
  • pastikan anda berada di pusat temu duga 30 minit lebih awal dari masa yang dijadualkan dan mematuhi etika pemakaian untuk menghadiri temu duga.
Nota : Anda juga diingatkan untuk mematuhi arahan dan panduan ini dan anda juga perlu mengemukakan maklumat yang benar dan tidak palsu kerana ia boleh menjejaskan pertimbangan pihak SPA untuk membuat lantikan.

SEMAKAN TEMUDUGA

Anda akan mengetahui keputusan temuduga dalam tempoh 30 hari dari tarikh akhir temuduga dan buat semakan dengan melayari portal rasmi SPA disini.

Temuduga SPA : Rujuk Cara Susun Dokumen Dan Cara-Cara Lengkapkan MyResume

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut serta pertanyaan berkaitan temuduga, anda boleh hubungi SPA di saluran berikut :

  • Telefon: +603 8091 9000
  • Portal Rasmi : SPA
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...