Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ikuti Kursus Branding Super MARA Kalau Berniaga Tapi Tak Tahu Cara Untuk Buat Branding

951

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan satu organisasi yang banyak membantu usahawan atau peniaga kecil-kecilan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

Begitu juga MARA Daerah Kangar yang sedia membantu para usahawan untuk mengembangkan perniagaan terutamanya yang tidak tahu cara untuk membina jenama atau branding sendiri.

MARA Daerah Kangar mempelawa anda semua untuk mengikuti Kursus Branding Super dan dapatkan ilmu perniagaan secara online sahaja. Jangan tunggu lagi, risau nanti anda terlepas peluang dan buat pendaftaran segera.

INFO RINGKAS KURSUS BRANDING SUPER

Kursus Branding Super merupakan:

  • Satu pakej kursus peningkatan perniagaan sebagai salah satu cara untuk para usahawan mengembangkan sektor perniagaan ke tahap lebih tinggi dengan ilmu pengetahuan yang bakal dikongsikan nanti.

Baca juga: Cara Mohon Program Bantuan Kewangan One-Off EMP Ihsan Zakat Pulau Pinang

OBJEKTIF KURSUS BRANDING SUPER MARA

Setiap kursus yang dianjurkan oleh MARA mempunyai objektifnya yang tersendiri.

Objektif Kursus Branding Super MARA adalah:

  1. Usahawan mendapat pengetahuan kepentingan penjenamaan bagi membina imej, reputasi dan identiti.
  2. Usahawan lebih memahami bahawa mempunyai jenama yang bagus bukan sahaja berguna kepada syarikat besar tetapi ia penting bagi syarikat kecil.
  3. Usahawan boleh membina nilai jenama melalui media sosial dan dapat menerokai dunia pemasaran.
  4. Memahami penjenamaan amatlah penting bagi mengekalkan sesebuah perniagaan itu dalam dunia persaingan yang makin mencabar hari demi hari.

TARIKH KURSUS BRANDING SUPER

Kursus Branding Super akan diadakan pada:

  • 20 hingga 21 Oktober 2021 

Ia akan diadakan secara online menggunakan platform ZOOM.

YURAN PENDAFTARAN

Setiap peserta akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak:

  • RM50 sahaja

GOLONGAN SASARAN

MARA Daerah Kangar menyasarkan golongan berikut untuk mengikuti Kursus Branding Super:

  • Usahawan yang sedia ada dan mempunyai produk sendiri
  • Usahawan yang sedang merintis peluang mengembangkan potensi produk

KEPERLUAN KURSUS

Apa yang diperlukan semasa Kursus Branding Super MARA nanti? Anda hanya perlu menyediakan peralatan berikut sahaja:

  • Komputer atau telefon bimbit
  • Talian internet atau data yang mencukupi dan bersesuaian

PENDAFTARAN

Pendaftaran adalah secara online pada pautan berikut:

Ikuti Kursus Branding Super MARA Kalau Berniaga Tapi Tak Tahu Cara Untuk Buat Branding

  • Klik Daftar Permohonan
  • Masukkan ID Pengguna dan Kata laluan
  • Jika belum pernah membuat pendaftaran, buat pendaftaran terlebih dahulu.
  • Seterusnya Log Masuk semula dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan tadi.
  • Masukkan maklumat dan buat pendaftaran anda.

Ikuti Kursus Branding Super MARA Kalau Berniaga Tapi Tak Tahu Cara Untuk Buat Branding

Baca juga: Cara Mohon Pembiayaan Perniagaan Kepada Orang Kelainan Upaya (Skim OKU) MARA Sehingga RM50,000. Ini Syaratnya

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Kursus Branding Super anjuran MARA, sila hubungi nombor berikut:

  • PMD Kangar: 04-976 2575
  • En. Mohd Khirusani: 017-551 7534
  • En. Muhammad Hanif: 019-419 8596
  • En. Syamsul: 013-344 4177
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...