Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Pembiayaan Perniagaan Kepada Orang Kelainan Upaya (Skim OKU) MARA Sehingga RM50,000. Ini Syaratnya

3,089

Peniaga dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dipelawa untuk memohon Pembiayaan Perniagaan Kepada Orang Kelainan Upaya (Skim OKU) dari MARA.

Ini bermakna golongan Orang Kurang Upaya (OKU) juga mendapat perhatian dari MARA untuk pembangunan perniagaan mereka.

Semak syarat permohonan permohonan disini dan cara membuat permohonan seperti yang akan dikongsikan.

Baca juga: MARA: 13 Senarai Bantuan / Pinjaman Perniagaan. Semak Syarat Permohonan Disini

TUJUAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN ORANG KELAINAN UPAYA (SKIM OKU)

Apakah tujuan Pembiayaan Perniagaan Kepada Orang Kelainan Upaya (Skim OKU) dari MARA ini?

Ia diberikan kepada peniaga atau usahawan Orang Kurang Upaya dengan tujuan berikut:

  • Agar usahawan OKU dapat berdikari dengan mengusahakan perniagaan sendiri.

HAD PEMBIAYAAN

Had pembiayaan untuk Skim OKU MARA adalah sebanyak:

  • RM50,000

Tempoh pembiayaan pula adalah selama:

  • 1-15 tahun @ 12-180 bulan

SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN ORANG KELAINAN UPAYA (SKIM OKU)

Antara syarat Pembiayaan Perniagaan Kepada Orang Kelainan Upaya (Skim OKU) MARA yang perlu pemohon ketahui adalah seperti berikut:

  • Warganegara dan Bumiputera
  • Berumur 18-60 tahun
  • Mempunyai kad OKU
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan yang belum beroperasi tetapi mempunyai potensi dan berdaya maju boleh dipertimbangkan
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA

SKOP PEMBIAYAAN

3 skop pembiayaan untuk permohonan Skim OKU MARA ialah:

  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Ubah suai Premis Perniagaan

CARA MOHON PEMBIAYAAN PERNIAGAAN ORANG KELAINAN UPAYA (SKIM OKU)

Nak mohon?

Ini caranya:

Cara Mohon Pembiayaan Perniagaan Kepada Orang Kelainan Upaya (Skim OKU) MARA Sehingga RM50,000. Ini Syaratnya

SENARAI SEMAK DOKUMEN

Pastikan anda membuat permohonan, pastikan anda menyediakan dokumen sokongan seperti yang diperlukan seperti berikut:

Baca juga: Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) MARA Sehingga RM50,000 Untuk Perniagaan Terjejas Akibat Pandemik

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan kemudahan bantuan / pembiayaan MARA sila hubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan di:

atau hadir ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berhampiran.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...