Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Sedapnya Ayam Kerutuk Kelantan! Dah Lama Tak Makan. Ini Resepinya & Boleh Buat Sendiri

948

Bagi peminat makanan Ayam Kerutuk Kelantan dah boleh cuba resepi yang dikongsikan disini.

Katanya kalau buat sendiri lebih sedap sebab boleh makan fresh-fresh dan tak perlu lagi jauh-jauh ke Kelantan untuk nikmati Ayam Kerutuk Kelantan.

Dapatkan resepi Ayam Kerutuk Kelantan ini dan jangan lupa nanti sharekan masakan anda ya!

RESEPI AYAM KERUTUK KELANTAN

Kalau anda nak tahu, Ayam Kerutuk Kelantan ini masakannya antara gulai dan rendang.

Anda perlu menggunakan rempah khas dan kebiasannya boleh didapati di mana-mana pasar di Negeri Kelantan.

Apa pula bahan yang digunakan untuk masakan Ayam Kerutuk Kelantan ini? Jom tengok bahan-bahannya disini.

Baca juga: Peminat Seafood Mesti Suka Resepi Udang Spicy Sweet Sour Ini. Celur-Celur, Siap!

BAHAN-BAHAN

Bahan-bahan yang digunakan untuk resepi Ayam Kerutuk Kelantan ialah:

Bahan-bahan untuk kisar halus:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Bahan-bahan untuk rempah sangai:

  • 300g tepung gandum
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • sudu kecil biji jintan putih
  • 1 sudu kecil biji jintan manis

Bahan-bahan lain:

  • 1 ekor ayam (berat anggaran 2kg)
  • 1 cawan minyak masak
  • Rempah 4 sekawan (1 kayu manis, 2 bunga lawang, 4 pelaga, 3 bunga cengkih)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 25g /4 sudu besar rempah kerutuk
  • 1 helai daun pandan
  • 2 keping asam gelugur
  • Santan, dari 1 biji kelapa (atau 2x200ml santan kotak segera)
  • Sedikit gula nisan
  • 2 biji kentang
  • Garam, secukup rasa
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 sudu besar kicap pekat karamel
  • Cili hijau besar
  • Cili padi
  • Serbuk perasa, jika suka

CARA PENYEDIAAN

Cara penyediaan resepi Ayam Kerutuk Kelantan pula adalah seperti berikut:

  • Kisar halus kesemua bahan dengan air secukupnya.
  • Bancuh rempah kerutuk dengan sedikit air.
  • Sangai bahan-bahan lebih kurang 4-5 minit ataupun lebih sehingga naik bau dengan api yang perlahan.
  • Tumbuk/kisar halus bahan sangai.
  • Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar halus bersama 4 sekawan sehingga kering, kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan cili kisar, serai yang dititik dan bancuhan rempah kerutuk. Kacau sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam dan daun pandan, lalu tutup dan biarkan ayam separuh masak serta sedikit kering.
  • Masukkan santan, sedikit gula nisan, serbuk rempah sangai dan kentang.
  • Reneh ayam sehingga masak.
  • Tambah garam secukup rasa, kerisik, kicap pekat caramel, cili padi, serbuk perasa (pilihan). Sambung masak sehingga kuah naik minyak.
  • Kemudian,, ayam kerutuk siap untuk dihidang.
Nota: Anda boleh gantikan gula nisan (nisey) dengan gula perang atau gula melaka. Anda juga boleh tambahkan santan atau air untuk lebihkan kuah.
Sedapnya Ayam Kerutuk Kelantan! Dah Lama Tak Makan. Ini Resepinya & Boleh Buat Sendiri
Anda juga boleh mendapatkan resepi sihat yang berasaskan ikan talapi. Klik sini dan dapatkan resepi ikan talapia bakar kunyit untuk makan malam anda nanti.
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...