Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Penempatan Semula Penjaja Tepi Jalan Pekan Sungai Besi, Kadar Sewa RM240 Hingga RM300

741

Pelbagai cabaran terpaksa dilalui oleh penjaja dan peniaga kecil di tepi jalan.

Namun, masalah ini semakin bertimpa-timpa setelah negara melalui saat getir yang menyebabkan peniaga dan penjaja kecil hilang punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Berita yang menggembirakan semua penjaja dan peniaga kecil tepi jalan di Pekan Sungai Besi pula, mereka akan ditempatkan semula di Pusat Penjaja Pekan Sungai Besi @ D’laman Rasa. Jadi, dapatlah mereka bangkit semula dan meneruskan perniagaan masing-masing dengan suasana baru.

LOKASI PENEMPATAN SEMULA PENJAJA TEPI JALAN

Selepas ini para penjaja tepi jalan akan ditempatkan semula di:

  • Sekitar Pekan Sungai Besi
  • Hadapan Pasaraya Hari-Hari

Untuk pengetahuan anda juga, hanya 64 unit gerai sahaja yang disediakan kepada penjaja tepi jalan di Pusat Penjaja Pekan Sungai Besi @ D’laman Rasa.

TARIKH BEROPERASI

Semua penjaja yang ditempatkan semula di Pusat Penjaja Pekan Sungai Besi @ D’laman Rasa akan mula beroperasi pada tarikh berikut:

  • Oktober 2021

Penempatan Semula Penjaja Tepi Jalan Pekan Sungai Besi, Kadar Sewa RM240 Hingga RM300

KEISTIMEWAAN PENEMPATAN SEMULA PENJAJA TEPI JALAN

Apa pula keistimewaan penempatan semula penjaja tepi jalan di Pusat Penjaja Pekan Sungai Besi @ D’laman Ras?

Antara keistimewaan yang akan para penjaja tepi jalan nikmati ialah:

  • Pengecualian bayaran sewa sehingga Disember 2021
  • Pengurangan bayaran Fi-Lesen sebanyak 50%

KADAR BAYARAN SEWAAN

Para penjaja tepi jalan di Pekan Sungai Besi juga hanya perlu membayar sewaan antara:

  • RM240 hingga RM300 sahaja

Penempatan Semula Penjaja Tepi Jalan Pekan Sungai Besi, Kadar Sewa RM240 Hingga RM300

Para penjaja diingatkan supaya mematuhi syarat yang telah ditetapkan dalam lesen perniagaan pada setiap masa.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Terdapat beberapa kemudahan juga disediakan untuk keselesaan pengunjung seperti:

  • Kitchen Hood
  • Tandas
  • Surau
  • Rumah sampah
  • Tempat letak kereta

Jadi, diharap dengan berakhirnya pengindahan dan pelebaran jalan di Pekan Sungai Besi mampu memberi sinar baharu kepada semua penjaja tepi jalan yang terlibat.

Baca juga: Syarat Kelayakan Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang & Cara Semakan

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...