Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

10 Tips Penting Temuduga Penolong Pegawai Tadbir PPT N29. Confirm Lulus Temuduga Nanti!

4,416

Tak lama lagi calon temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir PPT N29 akan melalui satu fasa yang menggetirkan iaitu temuduga secara online.

Mungkin ramai yang sudah membuat persediaan atau persiapan untuk temuduga secara online seperti peralatan audio visual, internet, tempat untuk temuduga dan sebagainya.

Tetapi sudah pastinya setiap calon ingin lulus dalam temuduga yang dijalankan. Kalau begitu, dapatkan 10 tips penting yang boleh anda amalkan ketika temuduga jawatan Penolong Pegawai Tadbir PPT N29 secara online disini. Ikut tips ini dan sudah pasti anda berjaya menjawat jawatan tersebut.

INFO RINGKAS JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR PPT N29

Anda boleh dapatkan beberapa info ringkas mengenai jawatan Penolong Pegawai Tadbir PPT N29 disini kerana kebanyakan soalan yang akan ditanya adalah mengenai jawatan yang anda pohon.

Info tersebut ialah:

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Perkhidmatan Awam/ Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Gaji Minimum: RM1,493.00
  • Gaji Maksimum: RM5,672.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00

Anda juga perlu mengetahui deskripsi tugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir PPT N29 dan tugasannya ialah:

  • Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Baca juga: Senarai Tugas-Tugas Anggota Polis Diraja Malaysia Yang Anda Perlu Tahu & Contoh Soalan Temuduga

10 TIPS PENTING TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI TADBIR PPT N29

Setelah semua persiapan temuduga telah disiapkan dan info mengenai jawatan Penolong Pegawai Tadbir PPT N29 telah anda ketahui, berikut adalah 10 tips penting ketika temuduga yang anda perlu tahu!

BERDOA

  • Sentiasa berdoa agar dipermudahkan urusan temuduga anda.
  • Ingat, jangan lupa berdoa selepas solat dan bagi yang bukan muslim, berdoa dengan mengikut agama msing-masing.

KAJI TENTANG JAWATAN

  • Buat kajian tentang jawatan yang anda pohon. Baca info mengenai jawatan beserta tangga gaji sebagai Penolong Pegawai Tadbir PPT N29 mengikut kelayakan akademik.
  • Ambil tahu mengenai penempatan sekiranya anda diterima kerja. Jadi, penting untuk anda ambil tahu mengenai maklumat dimana anda ditempatkan (Jabatan/Kementerian/Negeri/Agensi)

KAJI BIDANG TUGAS

  • Kebanyakan calon temuduga akan ditanya mengenai deskripsi tugas bagi jawatan yang dipohon.
  • Buka laman rasmi SPA dan dapatkan deskripsi tugas yang dinyatakan. Jangan sampai tidak tahu senarai tugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir PPT N29.
  • Selain itu, berikan contoh yang bersesuaian dengan jawatan tersebut. Contohnya, menguruskan hal berkaitan Sumber Manusia seperti bidang latihan, cuti pegawai, kursus pegawai, buku perkhidmatan.
  • Pilih salah satu tugas PPT N29 dan huraikan dalam satu atau dua ayat yang menarik perhatian panel.

LAWATI ORGANISASI/KEMENTERIAN/JABATAN

  • Tidak menjadi satu kesalahan untuk anda lawati organisasi/kementerian atau jabatan yang ada jawatan tersebut untuk dapatkan suasana kerja dengan lebih jelas.
  • Bagi anda yang pernah bekerja, tetapi jawatan yang berbeza, anda boleh bertanyakan kepada rakan setugas yang menjawat jawatan tersebut.
  • Apa yang penting disini, anda perlu mendapatkan gambaran tugas yang sebenar untuk menunjukkan bahawa anda sangat berminat untuk menjawat jawatan tersebut.

TAMBAHKAN NILAI DIRI

  • Tambahkan nilai diri dari sudut kepimpinan kerana berdasarkan jawatan ini, anda akan memimpin satu organisasi dalam satu-satu jabatan seperti Unit Sumber Manusia, Kewangan dan Pentadbiran.
  • Mengapa? Kerana anda perlu membuat seliaan kepada pegawai dibawah pimpinan anda sepanjang bertugas nanti.
  • Selain daripada sifat kepimpinan, anda juga perlu tambahkan nilai-nilai seperti kerjasama dan profesionalisme yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin.

AKTIFKAN DIRI 

  • Anda perlu aktifkan diri dalam persatuan, kelab dan sukan yang ada kerana sebagai Penolong Pegawai Tadbir PPT N29, anda perlu aktif dan bertenaga dalam melaksanakan tugas.
  • Jadi sangat baik sekiranya anda sangat aktif dalam persatuan, kelab dan sukan tanpa mengira peringkat.
  • Sekurangnya anda mempunyai pengalaman untuk menguruskan hal ehwal persatuan sekiranya diperlukan.

KOMUNIKASI BERKESAN

  • Jika anda memegang Penolong Pegawai Tadbir PPT N29, anda akan selalu bercakap dengan pegawai dibawah seliaan anda kerana memegang jawatan sebagai Ketua Unit.
  • Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi dengan baik, ia memudahkan anda untuk menjawab soalan ketika temuduga dijalankan. Malah, anda juga mampu untuk menyampaikan segala arahan kepada rakan setugas anda yang lain.
  • Buat latihan untuk menjawab soalan temuduga dalam bahasa Inggeris juga. Ini adalah satu kelebihan kepada ada sekiranya anda boleh menguasai lain-lain bahasa selain bahasa Melayu.

KETRAMPILAN DIRI

  • Berikan WOW FACTOR kepada penemuduga dengan menjaga penampilan diri anda.
  • Pakai kasut bertutup walau temuduga dijalankan secara online.
  • Calon lelaki jangan lupa untuk memotong rambut dengan kemas, memakai tali leher, berseluar dan lengkap berkasut. Bagi calon wanita, pakai baju kurung, pakaian yang sopan bagi bukan muslim dan tidak memakai aksesori yang berlebihan.
  • Duduk dengan betul dan tidak membongkok. Duduk dengan tegak agar nampak lebih yakin dan bertenaga.

KAJI ISU SEMASA

  • Pilih isu semasa yang terkini yang berlaku dalam tempoh 2-3 hari sebelum anda hadir temuduga.
  • Selain itu, dapatkan isu semasa berkaitan negara dan memberi kesan kepada pentadbiran negara contohnya.

BUAT LATIHAN SIMULASI

  • Seterusnya buat latihan simulasi kerana ia sangat membantu calon untuk berjaya dalam temuduga anda.
  • Buat latihan dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Ia akan membangkitkan keyakinan anda untuk menjawab soalan yang diajukan oleh panel penemuduga.
  • Check semula talian internet, komputer dan telefon bimbit anda. Digalakkan juga untuk menyediakan mikrofon agar penyampaian anda lebih jelas didengar oleh panel penemuduga.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...