Seperti sedia maklum, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan interview secara Online In Situ (TSOI) disebabkan kerana keadaan pandemik Covid-19 yang seolah-olah tiada kesudahannya.
Ia memaksa SPA menjalankan interview secara online sahaja kepada semua calon yang layak sama ada dirumah masing-masing atau di pusat temuduga yang telah ditetapkan.
Jadi, dapatkan 10 tips untuk menghadiri temuduga secara Online In Situ (TSOI) oleh SPA yang dikongsikan Matthew Barin dari SuperMatt Sharing untuk panduan anda.
INFO PELAKSANAAN TEMUDUGA SECARA ONLINE IN SITU (TSOI)/VIRTUAL INTERVIEW SPA
Isi Kandungan
- TSOI oleh SPA telah dilaksanakan mula 15 Jun 2021.
- TSOI dilaksanakan secara online dari lokasi calon berada.
- Calon akan menerima emel mengenai panduan dan arahan lengkap temuduga TSOI daripada SPA.
- Semak jadual TSOI melalui emel, laman rasmi SPA dan FB SPA.
10 TIPS TEMUDUGA SECARA ONLINE IN SITU (TSOI)/VIRTUAL INTERVIEW SPA
Sebagai calon TSOI dan ini adalah kali pertama buat anda, pastinya anda ingin dapatkan sedikit gambaran atau tips untuk menghadapi TSOI yang akan dijalankan.
Jika anda amalkan 10 tips ini, gerenti anda lulus interview anda nanti!
Berdoa
- Pastikan anda berdoa sebelum interview dijalankan dan sentiasa berdoa agar interview anda berjalan dengan lancar.
Bersedia lebih awal
- Walaupun anda ditemuduga dari rumah anda atau lokasi anda, anda digalakkan untuk bersedia dihadapan kamera 30 minit lebih awal.
Persediaan AVL
- Buat persediaan AVL (Audio, Visual & Lighting) dengan sebaiknya.
- Ini adalah supaya wajah dan suara anda jelas ketika temuduga dijalankan.
- Jangan pandang terlalu jauh atau terlalu dekat degan skrin.
- Pastikan talian internet laju dan tidak tersekat.
Ketrampilan
- Pakai pakaian yang formal dan lengkap seperti anda hadir temuduga secara bersemuka.
- Pakaian yang sesuai dipakai oleh calon lelaki adalah kemeja putih dengan tali leher hitam, biru dan warna yang sesuai dengan kemeja anda.
- Calon wanita digalakkan memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata.
- Duduk dengan tegak dan tidak kelihatan stres, lihat pada lens kamera dan senyum sepanjang temuduga dijalankan.
- Gerakkan tangan anda sekali sekala bersesuaian dengan topik yang dibincangkan.
- Gunakan bahasa badan dengan sesuai.
Salam
- Berikan salam kepada panel penemuduga anda.
- Gunakan gelaran yang betul kepada penemuduga anda. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membuat sedikit kajian ke atas panel yang akan menemuduga anda.
- Anda juga digalakkan untuk bertanya khabar kepada panel dengan sopan untuk membuka bicara serta sila jaga disiplin anda sepanjang temuduga dijalankan.
Pandang lensa kamera
- Calon digalakkan untuk memandang terus ke lensa kamera dan bukan kepada skrin untuk membuat eye contact dengan panel penemuduga.
- Buat latihan dengan menggunakan kamera anda. Kemudian lihat semula untuk penambahbaikan.
Bercakap dengan jelas
- Pastikan suara anda jelas dan menggunakan intonasi yang ketika temuduga anda dijalankan.
Fokus
- Dengar soalan dengan betul dan fokus dengan soalan yang diajukan.
- Jangan meminta panel membuat ulangan soalan berulang kali kerana panel akan menganggap anda tidak fokus dengan soalan dan sesi temuduga anda.
Tingkatkan keyakinan diri
- Pastikan anda membuat kajian tentang jawatan yang dipohon terlebih dahulu.
- Anda juga boleh mendapatkan maklumat terus dilaman web jabatan/kementerian yang terlibat mengenai jawatan yang dipohon.
Buat latihan simulasi
- Buat latihan simulasi interview seminggu lebih awal menggunakan kamera dan minta rakan anda membuat penilaian.
- Perbaiki kelemahan yang ada.
- Anda juga boleh lihat semula video yang dirakam seterusnya buat penambahbaikan.
Mudah, bukan? Amalkan 10 tips yang dikongsikan ini dan semoga temuduga anda berjalan dengan lancar serta berjaya menjawat jawatan yang diidmakan!
Baca juga: Jangan Sebut “Tak Tahu” Dalam Temuduga Kerja SPA! Pantang Larang Temuduga
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.