Bantuan Ibu Tunggal & Suri Rumah Yang Dibuka Sepanjang Tahun. Ini 11 Senarainya Yang Anda Perlu Tahu
Ibu tunggal dan suri rumah di Malaysia mendapat keistimewaan di Malaysia kerana mendapat pelbagai bentuk bantuan daripada pihak kerajaan. Ini bertujuan untuk meringankan beban golongan ini terutamanya dalam bentuk kewangan dan serta menjaga kebajikan mereka.
Terdapat beberapa skim bantuan yang diberikan kepada ibu tunggal dan suri rumah seterusnya mereka boleh membuat permohonan secara online dan manual sahaja. Kebanyakan bantuan yang diberikan adalah melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Jadi, setiap permohonan bantuan kebajikan, kewangan dan perniagaan mestilah melalui jabatan tersebut. Untuk mendapatkan bantuan dengan mudah, golongan ini perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu agar tidak terlepas peluang untuk mendapatkan bantuan yang diperuntukkan kepada mereka.
Rujuk disini untuk membuat pendaftaran ibu tunggal, suri rumah serta bantuan JKM yang lain secara online.
Jom lihat apakah senarai bantuan kepada ibu tunggal dan suri rumah yang disalurkan buat golongan ini.
SENARAI BANTUAN IBU TUNGGAL & SURI RUMAH YANG DIBUKA SEPANJANG TAHUN
Isi Kandungan
Berikut adalah senarai bantun untuk ibu tunggal dan suri rumah yang dibuka sepanjang tahun dan boleh dipohon sekiranya layak mengikut syarat yang ditetapkan:
1. BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL (JPW)
Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semua lapis masyarakat akan menerima manfaat termasuk ibu tunggal di Malaysia.
Bantuan Ibu Tunggal ini adalah sebanyak RM300 dan akan diberikan secara tunai one-off.
Juga diharapkan agar bantuan ini mampu membantu ibu tunggal dalam meneruskan kehidupan mereka terutamanya pada mereka yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.
Namun, permohonan ini telah ditutup pada 31 Oktober yang lalu dan anda boleh dapatkan maklumat terkini melalui lama rasmi Jabatan Pembangunan Wanita untuk mendapatkan maklumat terkini bantuan yang akan diberikan.
2. BANTUAN IBU BERSALIN
Bantuan ini diberikan kepada ibu-ibu yang bersalin dan permohonannya adalah melalui Laman Web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.
Sebarang maklumat terkini, sila dapatkan di pautan berikut:
3. iSuri KWSP
Pihak KWSP juga berbesar hari memberikan bantuan kepada ibu suri rumah khasnya dengan menyediakan insentif kepada suri rumah iaitu iSuri KWSP. Melalui insentif ini, suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).
Malahan suri rumah akan menerima sumbangan kerajaan sehinga RM480 setiap tahun sekiranya membuat caruman mengikut kemampuan masing-masing.
Untuk permohonan, sila layari pautan berikut:
4. SKIM PEMBIAYAAN PROGRAM TEMANNITA (TEKUN)
Kerajaan juga menyediakan beberapa bentuk bantuan kewangan untuk ibu tunggal dan suri rumah untuk membiayai perniagaan mereka seperti Skim Pembiayaan Program TemanNita daripada TEKUN.
Yang berminat untuk membuat permohonan skim ini, klik disini dan dapatkan syarat kelayakan serta cara membuat permohonan.
5. SKIM DANANITA (MARA)
Usahawan wanita juga tidak dilupakan apabila MARA menyediakan bantuan dalam bentuk pembiayaan perniagaan sehingga RM50,000 melalui Skim DanaNITA. Keistimewaan skim ini ialah tempoh bayaran semula selama 10 tahun dan tertakluk kepada jumlah pembiayaan yang dipohon.
Layari pautan berikut untuk dapatkan cara mohon Skim DanaNITA serta dapatkan syarat kelayakan permohonan ini.
6. BANTUAN AM NEGERI (JKM)
Tahukah anda bahawa setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negerinya sendiri? Melalui skim ini, ibu tunggal yang tidak mempunyai anak, boleh memohon bantuan melalui skim ini.
Namun, syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak sama di antara negeri dan ianya adalah berdasarkan peruntukan kerajaan negeri masing-masing.
7. GERAN PELANCARAN PERNIAGAAN (JKM)
Geran Pelancaran Perniagaan ini bertujuan untuk membantu kaum wanita dalam perniagaan serta menggalakkan mereka untuk menceburi bidang perniagaan untuk meningkatkan taraf hidup individu serta keluarga masing-masing.
Berminat? Klik disini dan dapatkan syarat serta permohonan Geran Pelancaran Perniagaan JKM ini.
8. BANTUAN ORANG TUA (BOT) JKM
Untuk Bantuan Orang Tua (BOT) JKM ini, ianya diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan hidup dan ibu tunggal yang telah berusia 60 tahun ke atas, mereka layak untuk menerima bantuan ini sebanyak RM300 sebulan dan bantuan ini bakal dinaikkan sebanyak RM500 sebulan.
Dapatkan cara membuat permohonan Bantuan Orang Tua (BOT) disini sahaja.
9. BANTUAN KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)
Mengapa bantuan ini diwujudkan kepada kaum wanita di negeri Selangor? Bantuan ini diwujudkan dengan tujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan untuk pembelian baangan keperluan asas. Mereka yang layak akan menerima bantuan dalam bentuk kad debit yang bernilai RM200 setiap bulan.
Jika berminat, anda boleh buat permohonan melalui pautan berikut:
10. BANTUAN ZAKAT NEGERI
Ibu tunggal yang memenuhi syarat dan kriteria untuk menerima bantuan zakat boleh memohon bantuan zakat di negeri masing-masing dan anda boleh rujuk melalui laman web zakat negeri atau terus kunjungi kaunter zakat negeri yang terdekat dengan anda.
11. BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) JKM
Untuk makluman anda, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) merupakan satu bentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada golongan ibu tunggal yang melepasi syarat ditetapkan oleh JKM.
Bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM100 bagi seorang anak dan maksimum RM450 seisi rumah melebihi 4 orang kanak-kanak.
Klik disini untuk dapatkan syarat kelayakan permohonan dan cara membuat permohonan.
Mungkin dari semasa ke semasa, terdapat pelbagai lagi penambahan skim bantuan yang akan diberikan kepada golongan ibu tunggal dan suri rumah. Anda boleh membuat permohonan mengikut kelayakan serta bentuk bantuan yang diperlukan.
Sebarang maklumat lanjut dan terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.