Khairat Kematian: Ini 11 Senarai Yang Anda Perlu Ambil Tahu

 

Kadangkala waris yang kematian ahli keluarga tidak tahu bahawa boleh membuat tuntutan khairat kematian kerana tidak mempunyai pendedahan mengenai cara membuat tuntutan serta dokumen yang perlu dibawa.

Malahan ada yang tidak tahu bahawa skim yang ada di Malaysia sebenarnya menyediakan khairat kematian kepada ahlinya.

Tahukah anda terdapat 11 jenis tuntutan khairat kematian yang boleh dituntut waris simati dan boleh mendapat wang dengan kadar yang segera.

APA ITU KHAIRAT KEMATIAN?

Khairat berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang memberi maksud kebajikan di mana ia turut merangkumi derma, sedekah dan sebagainya. Sedekah atau derma ialah sumbangan ikhlas daripada seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang lain. Menurut Kamus Dewan, derma bermaksud sebagai bantuan yang berupa wang (kepada perkumpulan dan lain-lain), pemberian yang ikhlas dan sedekah (kepada orang miskin dan lain-lain). Sedekah pula bermaksud pemberian kepada fakir miskin dan lain-lain (dengan ikhlas). Manakala khairat diertikan sebagai kebajikan, derma atau sedekah.

Namun begitu, penggunaan istilah pungutan khairat ini tidak meliputi khairat kematian yang diwujudkan di masjid-masjid kariah, tetapi boleh digunakan sekiranya dana tabung khairat kematian diwujudkan secara pungutan derma. Khairat kematian pada kebiasaannya ialah wang yang dikumpul daripada pencarum yang tinggal di sesuatu kawasan (ahli dan anak kariah) pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.

11 JENIS KHAIRAT KEMATIAN DI MALAYSIA YANG ANDA PERLU TAHU

1. Khairat Kematian ASB

Jika si mati ada buat simpanan ASB, anda boleh tuntut. Kadar bayaran adalah antara RM200 hingga RM2,000 bergantung kepada baki pelaburan yang terakhir.

2. Khairat Kematian KWSP

Buat pencarum KWSP, khairat kematian yang boleh diterima adalah RM2,500.

3. Khairat Kematian PERKESO

Jika si mati pernah mencarum PERKESO, nilai khairat kematian adalah RM2,000.

4. Khairat Kematian Pembayar Zakat

Waris boleh rujuk pusat zakat masing-masing.

5. Khairat Kematian Masjid

Mencarum dalam skim khairat kematian masjid kariah kita. Jumlahnya bergantung pada masjid daerah masing-masing.

6. Khairat Kematian Takaful

Jika si mati mencarum dalam skim takaful, waris boleh tuntut. Bayaran adalah antara RM2,000 hingga RM5,000 bergantung pada skim yang disertai. Boleh rujuk agen takaful si mati.

7. Khairat Kematian Pencen

Jika si mati adalah pesara Kerajaan, waris boleh tuntut khairat ini yang bernilai RM3,000.

8. Khairat Kematian Bank Rakyat

Jika si mati ada akaun Bank Rakyat, nilai khairat yang waris boleh tuntut adalah RM3,000.

9. Khairat Kematian BSH / BPN

Sekiranya dulu si mati menerima BSH, waris boleh tuntut khairat kematiannya sebanyak RM1,000 dan rujuk disini cara tuntutannya.

10. Khairat Kematian Ahli RELA

Jika si mati merupakan ahli RELA, ada peruntukan khairat kematian bernilai RM2,500.

11. Khairat Kematian Penjawat Awam (JPA)

Untuk pesara penjawat awam, waris boleh menuntut nilai khairat berjumlah RM3,000. Waris boleh rujuk disini cara membuat tuntutan.

DOKUMEN SOKONGAN TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN

Untuk menuntut khairat kematian, anda perlulah membuat tuntutan di pejabat atau agen yang berkaitan.

Dokumen yang waris perlu bawa ialah:

  • Sijil kematian
  • Sijil nikah
  • Kad pengenalan diri
Nota: Mohon segera sebaik sahaja berlaku kematian dan jangan bertangguh untuk mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku.
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.